Friday 18 February 2011

Kau Bungaku

Kek hantaran ni ditempah oleh kawan Ilin, Jaja sempena pernikahan adik lelaki dia.  Sebelum ni Jaja ada tempah kek untuk dijadikan sebagai buah tangan untuk majlis merisik (Milik Siapakah Gadis Itu?).  Ni pun kira last minute order gak ni.  Ikutkan minggu tu Ilin dah sibuk gak sebab nak kena buat cookies dan brownies untuk cucu dan cupcake tapi sebabkan tak sampai hati pulak nak tolak, kena pulak orang nak kawin (benda baik) so sanggupkan jugak terima.  Lagipun Ilin memang dok seronok pulak hias-hias kek hantaran ni sebab ia memberi ruang untuk Ilin berkarya, kena pulak baru dapat buku pasal 'Sugarpaste flower'.

Memang niat hati nak cuba buat bunga lain tapi disebabkan masa tak banyak, Ilin terpaksa la buat bunga yang Ilin dah selesa dan biasa buat - apalagi kalau bukan bunga mawar (ros la tu!).  Tapi kali ni Ilin cuba teknik Paddi Clark. 
Risau pun ada takut cuaca tak menyebelahi kita.  Sugarpaste ni nak kena cuaca panas baru cepat dia kering.  Paste dia Ilin buat sendiri lepas belajar dari Shahril (dia ni Juara ICCA Cake Competition 2011, dan dah pun memenangi beberapa lagi pertandingan di peringkat antarabangsa).  Keknya marble buttercake - coklat dan vanilla.  Dilitupi dengan fondant putih dan disembur 'pearl sheen' nak bagi berkilat.  Bunga mawar putih pun disembur dengan sheen yang sama.  Bunga mawar biru disembur dengan sheen biru.

Testimoni:
Jaja wrote:  "Beautiful Ilin....thanks so much :)...."