Sunday 18 July 2010

Milik Siapakah Gadis Itu?

Kali ni kek ni ditempah oleh kawan seMRSM dulu - Jaja, untuk dijadikan buah tangan merisik untuk adik lelaki dia. A very last minute order ni. Hari Jumaat order, dan dihantar pada hari Ahad.

Jaja punya requirements - keknya Marble Butter Cream Cheese, design terpulang la pada Ilin. Bagus punya requirements. Masa terima order tu dah macam-macam design terfikir. Apa lagi ambik kesempatan la mencuba penerap-penerap yang baru dibeli. Hiasannya menggunakan fondant sepenuhnya, kecuali silver ball tu (beli dah siap di kedai) dan semua bahan-bahan hiasan ni boleh dimakan.