Kali ni tempahan dari sepupu Baiti. Baiti ni kawan sepejabat Ilin masa di Pernec IT dulu. Hani tempah 150 chocolate cupcake size S diisi dalam bekas plastic bertutup 'dome' dengan tema merah jambu dan putih. Ia sempena majlis aqiqah anak sulung Hani. Selamat menjalani alam keibubapaan kepada Hani dan suami.
Kena banyak-banyak bersabar nak jadi ibu ni melayan kerenah anak. Semoga anak Hani membesar sebagai muslimah yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat kelak. Untuk Hani dah suami - semoga dikurniakan anak yang ramai, sihat tubuh badan dan baik tingkah laku, dan sentiasa dilindungi dari hasad dengki manusia dan godaan syaitan. Amin.
Testimoni (diambil dari posting di facebook):
Hani: "thank you kak Ilin..ramai yg memuji cupcake ni..sgt comel.."