Friday, December 30, 2011

Coklat Oh! Coklat


Coklat memang antara makanan yang Ilin suka sangat dari kecil sampai la sekarang ni.  Tengok orang buat coklat teringin gak nak buat sendiri.  Nak pegi kelas belajar buat coklat tak berkesempatan lagi akhirnya Ilin cuba je la sendiri sambil-sambil rujuk buku yang dah lama dibeli.  Ilin ni dah biasa makan dark chocolate jadi untuk buat homemade chocolate ni Ilin beli dark chocolate compound block la jugak dari kedai-kedai yang menjual peralatan bakeri.   Kat market tu ada banyak jenis dan jenama - Selbourne, Beryls, De Bourne, Collatta, disebabkan Ilin tak ada pengalaman buat coklat Ilin tanya je orang kedai tu yang mana sedap.   Dia kata dia lebih suka De Bourne.  Ilin pulak sebab memang dok makan coklat Beryls Dark Chocolate yang boleh dibeli di pasaraya, ambik jugak la Beryls punya.  So utk batch yang pertama ni guna Beryls.  Cuba buat lolli choc dan loose choc.  Rasanya masih tak sepahit yang beli siap. 

Yang ni batch kedua.  Yang segiempat tu guna De Bourne dan yang bentuk macam shell sikit tu guna Beryls.  De Bourne lebih pahit sikit dari Beryls.   Nanti Ilin cuba pula buat guna Collatta.  Dah habis experiment dengan dark chocolate, boleh la cuba milk chocolate dan white yek.  Lepas tu boleh la consider untuk dimasukkan sebagai produk.  Ye la sebelum kita nak menjual kena la tau macamana rasanya.  Baru la senang nak recommend pada pelanggan.