Friday 18 November 2011

Hantaran - Bakul Pastri & Peach & Purple Theme

Emi, kawan baik Ilin semasa menuntut di SABS, Kuantan tempah bakul pastri siap dengan tat nenas serta sebiji kek hantaran sempena perkahwinan anak saudara di Kelang.  Dah lama dia book tarikh tapi tinggal seminggu baru confirm warna tema.  Ni la kali pertama Ilin buat sendiri bakul pastri yang lengkap dengan tangkai dan penutup.  Sebelum ni buat bakul je.  Banyak nak kena berlatih lagi supaya lebih mahir dan lebih cantik. 
Bakul ni dihasilkan dari acuan yang bersaiz 7.25" x 5.5" dan boleh memuatkan lebih kurang 30 biji tat nenas bentuk buah (sebiji tat nenas bersaiz lebih kurang sebesar biji bola ping pong).  Emi ni terror bab-bab gubahan hantaran jadi tu yang kena kontrak sediakan hantaran untuk anak saudara dia.  Jadi sesiapa di Kuantan boleh dapatkan perkhidmatan dia (PM Ilin untuk dapatkan contact no. dia). 
Untuk kek hantaran Ilin guna vanilla buttercake.  Warna tema adalah peach, dark purple dan putih.  Memang pengantin nak kek dengan 'quilt pattern' dan nak ada nama pengantin serta tarikh perkahwinan di atasnya.  Bunga digubah bentuk L. 
Seperti biasa, bunga dibuat dari gumpaste/flowerpaste yang dibuat sendiri.  Risau sebab cuaca sekarang asyik hujan je, takut tak kering bunga.  Alhamdulillah masa buat tu elok pulak panasnya tapi yelah lepas-lepas tu asyik hujan.  Kejap-kejap kena dijenguk la bunga ni takut tetiba layu.  Flowerpaste diwarnakan purple, selepas itu di'dust'lan dengan warna Deep Purple. 
Untuk melengkapkan quilt pattern di tepi kek, Ilin hias dengan pearl dragees.  Tak lengkap kek kalau cake board tak dilitupi dengan fondant dan riben di tepi. Harap-harap Emi dan pengantin berpuas hati dengan hasil Ilin kali ini.