Saturday 13 August 2011

Little Khalifah Shop

Ni Ilin tolong promote bisnes kawan.  Jom kita sama-sama memeriahkan cafe ini.  Diambil dari mesej yang di post di FB.
===========================================

The Little Khalifah Shop
  • “Little Khalifah Café”
    Assalamua’laikum w.b.t.

    Ramadhan Kareem!

    Alhamdulillah, setelah 8 tahun beroperasi, The Little Khalifah Shop maju setapak lagi untuk memberi perkhidmatan dan produk Islamik kepada masyarakat. Untuk pengetahuan umum, The Little Khalifah Shop telah berpindah ke premis terbaru iaitu di 13-2A & 2B, Ukay Boulevard, MRR2 Ulu Klang. Ianya terletak di tempat yang lebih strategik dan mudah untuk dikunjungi, iaitu bersebelahan dengan Lebuhraya MRR2 berdekatan dengan Zoo Negara. Ianya mempunyai kawasan parking yang banyak dan boleh diakses dengan lif.

    Sehubungan dengan itu juga, The Little Khalifah Shop telah melebarkan sayap dengan membuka satu lagi divisyen yang dikenali sebagai “Little Khalifah Café”, iaitu sebuah kafe yang menyediakan makanan halal seperti nasi arab, dimsum, pies dan pastries, lasagna, kek dan biskut serta berbagai lagi hidangan lazat. Ianya bukan sekadar kafe biasa, tetapi Kafe Buku yang menawarkan bukan sahaja makanan yang lazat, tetapi juga berbagai pilihan buku agama untuk masyarakat umum serta kanak-kanak khasnya.

    Juga dibuka adalah “Little Khalifah Café-To-Go” yang menawarkan makanan bungkus untuk dibawa pulang. Ini adalah untuk membantu ibu-ibu bekerja yang tidak sempat menyediakan makanan di rumah tetapi ingin mendapatkan makanan yang halal dan “home-made”. Kedua-dua Little Khalifah Café dan Little Khalifah Café-To-Go akan mula beroperasi pada hari Sabtu, 14 Ogos 2011 dan buat permulaan akan hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
    Seperti biasa juga, aktiviti-aktiviti “hands-on” seperti kelas memasak, art & craft serta storytelling untuk kanak-kanak akan terus dijalankan di bawah divisyen “Little Khalifah Activity Centre” pada hari Sabtu dan waktu cuti sekolah.

    Kami amat teruja dengan pembukaan premis terbaru ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan terhadap The Little Khalifah Shop selama ini. Kami juga ingin menjemput tuan/puan untuk membawa keluarga untuk berkunjung ke The Little Khalifah Shop di premis terbaru kami. Juga diminta untuk meng “forward” maklumat ini kepada kawan-kawan serta e-group melalui emel atau Facebook.

    Hadiah percuma menanti 200 pengunjung pertama yang membelanjakan minima RM50 di The Little Khalifah Shop!
    Terima kasih dan wassalam.
    The Little Khalifah Shop
    www.littlekhalifahshop.com
    03- 4147 2626

    P/s Pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan, Little Khalifah Café-To-Go menyediakan nasi arab ayam (RM10 sebungkus) dan nasi arab kambing (RM13 sebungkus) untuk Iftar. Makanan mula dijual pada pukul 4.30 petang.
    ===========================================