Sunday 19 December 2010

Japanese Peony Arrangement

Hasil kerjatangan Shahril
Hasil kerjatangan Ilin
Setelah lama menanti akhirnya Ilin dapat juga la belajar membuat buat menggunakan flower paste dengan Shahril (http://cakexpressions.blogspot.com/).  Untuk kelas kali ni Shahril akan ajar buat bunga-bunga Japanese peony, scorpion orchid, capers flower,balinese frangipany dan pelbagai jeni dedaun tropikal (tropical foliage).  Kelas ni berlangsung selama 2 hari.  Selain buat bunga kami juga akan diajar membuat flower paste.

Yang join kelas tu 5 orang, dan salah seorang darinya kawan baik Ilin - Aron (sweetmunchkiny.blogspot.com).  Seronok dapat timba ilmu dan dapat kawan baru.  Penat tu memang tak terkata la tapi bila diselangi dengan gelak tawa hilang penat tu. 
Hari pertama relax la sikit, bila masuk hari kedua tu kelam kabut.  Mana tak dengan nak warnakan lagi, nak pasangkan bunga dan daun lagi, sampai ke malam jadinya kami siapkan semua.  Yang mana suami datang jemput nak balik pun kena heret tolong siapkan :-). 
Apa-apa pun terima kasih kepada Shahril atas ilmu yang dicurahkan pada kami semua, dan pada kawan-kawan sekelas yang saling bantu membantu dan bertukar-tukar ilmu.