Saturday 25 December 2010

Penutup 2010

 
Ni tempahan terakhir Ilin terima untuk tahun 2010.  Anis ni dulu trainee di jabatan tempat Ilin kerja dulu dan kakak dia pula memang Ilin dah kenal sebab sama-sama kerja di Pernec dan terlibat dalam project eServices dan pernah tempah mini cake dari Ilin untuk hantaran kawin (Pink and White) . 
Anis tempah set cuppies saiz M untuk dihadiahkan kepada kawan dia sempena pertunangan kawan dia tu. 
Mesti seronok kawan Anis tu dapat cupcake percuma.  Tapi bila la pulak Anis nak tempah untuk majlis pertunangan Anis yek...heheh
Temanya - 'cream and gold'.

Sunday 19 December 2010

Japanese Peony Arrangement

Hasil kerjatangan Shahril
Hasil kerjatangan Ilin
Setelah lama menanti akhirnya Ilin dapat juga la belajar membuat buat menggunakan flower paste dengan Shahril (http://cakexpressions.blogspot.com/).  Untuk kelas kali ni Shahril akan ajar buat bunga-bunga Japanese peony, scorpion orchid, capers flower,balinese frangipany dan pelbagai jeni dedaun tropikal (tropical foliage).  Kelas ni berlangsung selama 2 hari.  Selain buat bunga kami juga akan diajar membuat flower paste.

Yang join kelas tu 5 orang, dan salah seorang darinya kawan baik Ilin - Aron (sweetmunchkiny.blogspot.com).  Seronok dapat timba ilmu dan dapat kawan baru.  Penat tu memang tak terkata la tapi bila diselangi dengan gelak tawa hilang penat tu. 
Hari pertama relax la sikit, bila masuk hari kedua tu kelam kabut.  Mana tak dengan nak warnakan lagi, nak pasangkan bunga dan daun lagi, sampai ke malam jadinya kami siapkan semua.  Yang mana suami datang jemput nak balik pun kena heret tolong siapkan :-). 
Apa-apa pun terima kasih kepada Shahril atas ilmu yang dicurahkan pada kami semua, dan pada kawan-kawan sekelas yang saling bantu membantu dan bertukar-tukar ilmu.

Saturday 11 December 2010

Kek Fondant 2 Tingkat

  Tempahan ni Ilin terima dari kawan yang juga buat perniagaan bakery secara 'part-time' dari rumah.  Walaupun tak pernah buat sebelum ni tapi Ilin anggap ni semua sebagai cabaran, kena la ada 'kali pertama' betul tak tidak sampai bila kita tak akan maju ke depan.  Gementar, takut semua ada.  Alhamdulillah berkat dorongan kawan baik Ilin, Aron dan bimbingan serta tunjuk ajar jarak jauh (dia ni kat Melaka), dapat la jugak kek 2 tingkat ni dihasilkan. 
Kek fondant 2 tingkat dengan tema hijau putih.  Keknya kek butter.  Yang bawah bersaiz 9 inci, yang atas 6 inci.  Fondant pula disembur dengan pearl sheen untuk nampak berkilat.  Bunga-bunga yang dibuat daripada fondant juga disembur pearl sheen. 

Masih banyak yang perlu diperbaiki.  Doa Ilin semoga Ilin akan menerima lebih banyak lagi tempahan kek kawin supaya Ilin dapat memghasilkan karya-karya yang lebih baik.