Thursday 30 June 2011

Usahawan Wanita

Tema kek kali ni tak ada kena mengena pun dengan tajuk post kali ni tapi lebih kepada orang yang menempah dan meraikannya.  Asmah ni kawan semasa Ilin belajar di PPP/ITM Shah Alam dulu.  Sekarang ni dia dah jadi usahawan berjaya, walaupun nama dia masih belum segah usahawan-usahawan wanita Malaysia yang lain seperti Dato' Siti Nurhaliza dan arwah Datuk Sosilawati.  Alhamdulillah berkat kesungguhan dia dan suami, barangan syarikat mereka kini telah berada bukan sahaja di dalam pasaran Malaysia tapi ke pasaran antarabangsa.  Nak tau apa produk-produk tu, sila la lawati Vias Food.
Ni bukan kali pertama Asmah tempah dari Ilin, sebelum-sebelum ni dia dah order untuk harijadi keluarga dia (suami dan anak-anak Azrin Sufiah, Darin).  Kali ni birthday girl sendiri mintak nak carrot cake with cream cheese topping.  Tapi sayangnya Asmah di luar negara masa Ilin deliver kek ni di rumah dia.  Patutnya dia datang ambik kat rumah tapi dia terlupa, dan esoknya dia ada business trip.  Harap-harap sempat la rasa kek tu bila balik dari trip. 
Apa-apa pun Ilin doakan moga Asmah diberi kekuatan, kesihatan yang baik agar dapat meneruskan usaha untuk memajukan perniagaan.

Wednesday 29 June 2011

Pooh and Friends

This is my first Pooh theme cupcakes order.  Terima kasih pada Marini atas tempahan ni.  Buat 2 set.  1 set 25 biji cupcakes.  Banyak-banyak ni Tigger la yang paling susah nak buat.  Untuk madu, Ilin guna piping jelly yang diwarnakan. 

Thursday 23 June 2011

Another Pink and Silver Theme

 Kali ni kena buat sebiji kek untuk hantaran dan 150 cupcakes dibubuh dalam bekas plastik bertutup dome sebagai door gift kepada pihak rombongan pengantin lelaki. 
 Nak cabar diri Ilin, Ilin pilih untuk buat 'pillow cake' sebagai kek hantaran. 

 Bunga-bunga ni semua Ilin buat sendiri, tak ada yang beli pun.  Gubah pun sendiri.  Ilin dapat ilham dari buku Alan Dunn.  Ikutkan nak buat je semua bunga-bunga dalam buku tu. 
 Untuk cupcake pula, sepupu Ilin nak yang simple je (macam yang Ilin pernah buat ni - Kelabu dan Merah Jambu), tapi tak best la buat sama je, jadi Ilin tukar la sikit.
Semoga Yaya dan Afaz bahagia ke akhir hayat.

Testimoni:
Zaheeya wrote: "Kakak afaz kata cake kak Ilin buat sedap... Thanks."

Sunday 19 June 2011

The Pink Wedding Cake

Sekarang ni majlis perkahwinan tak kira musim cuma masa cuti sekolah tu banyak la sikit.  Tempahan kek kahwin ni adalah untuk majlis yang diadakan seminggu selepas cuti sekolah.   Terima kasih pada kawan Ilin, Min atas tempahan ni.  Memang excited masa terima tempahan ni sebab Ilin dah terbayang dapat la guna Baroque mould yang Ilin baru beli.
Bunga-bunga tu semua dibuat sendiri menggunakan flower paste.  Ilin banyak merujuk buku-buku, terutama yang ditulis oleh Alan Dunn selain daripada ilmu yang dipelajari dari Shahril (Japanese Peone Arrangement) dan tunjuk ajar dari kawan baik Ilin, Aron. 
Kek di atas:  8" x 8", marble cream cheese butter cake.
Kek di bawah:  11" x 11", vanilla buttercake.

Ni antara feedback yang di'post'kan di album facebook:

Siti wrote: "At first I thought the bunga is bunga kain... That's how nipis the petals were! Rupa2nya buat sendiri n made of sugar. Well done Ilin! Good workmanship."

Siti wrote: "This is really nice!!! Cuma x sempat nak merasa keknya... :(."

Friday 17 June 2011

Apam Polka Dot

 Ilin pergi kelas ni selepas cubaan membuat apam polka dot tidak begitu memuaskan hati Ilin.  Rasa dan rupa boleh la diterima tapi Ilin rasakan macam ada yang tak kena.  Jadi bila Ellie kata dia nak buat kelas khas dan ia merupakan one time class, Ilin pun cepat-cepat la sign-up.
 Apam polka dot ni ada inti kat dalam dia.  Inti tu boleh la bubuh apa-apa yang kita suka.  Sapa yang tak suka inti boleh la mintak yang kosong je.  
Banyak tips dan petua-petua diberikan oleh Ellie ni.  Sekarang ni tak sabar nak buat sendiri.  Lepas ni dah lebih yakin la nak terima tempahan.  Terima kasih Ellie yang tak lokek ilmu. 

Tuesday 7 June 2011

Hijau

Kali ni Ilin kena buat 700 chocolate cupcakes dihias dengan buttercream dan bunga kecil (dibuat dari fondant) diletak didalam bekas plastik yang lutsinar bertutup 'dome'.  700 cupcakes ni ditempah oleh biras Ilin sempena majlis perkahwinan adiknya dan untuk diberikan kepada tetamu yang datang.  Tema warna adalah hijau. 

Testimoni:
"so sweet...tahan lah Elin kek tu...sampai 10 hari pun ok..."

Saturday 4 June 2011

Zoo-licious

My cousin ordered this cake for his 1-year old son.  She specifically wanted a zoo theme cake with light yellow as the base color of the cake and white polka-dot on it.  This is a 1kg, 8-in diameter chocolate cake.
 

Wednesday 1 June 2011

Putih Berseri, Hitam Menawan, Perak Berkilau


 Itulah tema warna untuk hantaran cupcake kali ni yang ditempah oleh Amy. Ni termpahan kedua dari Amy.  Sebelum ni Amy pernah tempah cupcake untuk harijadi (Untuk Si Kecil).  Hantaran sempena majlis perkahwinan adik Amy. 

Testimoni:
"Tq k.ilin,rmai puji cuppies gorgeous.."