Monday 9 May 2011

Pai & Marble Pudding Lagi

Nampaknya kalau ada award, pai ayam dan marble pudding ni boleh la menang award 'Best Selling Products' di Mieilin's Kitchen.  Kali ni kawan yang memang dah lama Ilin kenal, semenjak belajar di PPP/ITM Seksyen 17, Shah Alam, Rina tempah 2 pai ayam dan 1 marble pudding sempena majlis harijadi anak yang bongsu (for now...:-)). 
Cam biasa tak best tengok kosong je atas pai, so 'pai decorating' lagi la...kali ni buh bunga -bunga la sikit. 
Ilin ni memang sukan pai ayam dari kecik tapi masa kecik-kecik dulu nak makan beli kat kedai, Ilin pun tak ingat bakery mana yang selalu beli tapi memang sedap sebab inti dia bukan kari ayam tapi yang ala-ala 'chicken pot pie'.  Bila dah besar ni susah nak dapat yang macam tu, setiap kali beli inti dia mesti yang kari punya.  Tu yang cari resipi dan bila dah jumpa try buat.  Tapi seperti biasa la resipi tu sebagai guide je, kuantiti dan apa Ilin nak bubuh ikut suka Ilin je :-).  Frankly, senang je nak buat tapi nak menyediakan bahan-bahan tu renyah la sikit sebab semua kena potong kecik-kecik (dadu).