Friday 27 May 2011

Kek dan Pai

Tempahan kali ni ada produk yang belum pernah dipaparkan sebelum ini, kek lobak.  Kak Faiza tempah 50 pai ayam, 2 marble cream cheese buttercake dan sebiji kek lobak bertoppingkan cream cheese.
Pada hari yang sama juga anak buah Ilin (dan kawan-kawan sepejabat) yang bekerja di TV3 tempah pai ayam.  Mereka ni nak beli sikit-sikit tapi takkan nak tempah 5 biji je tiap-tiap kali so dorang order-pool (haha...term baru ni), jadi pai tu Ilin packed 5 biji untuk 7 orang.

Thursday 26 May 2011

Cubaan Pertama

Ni kali pertama Ilin terima dan buat bakul pastri selepas menghadiri kelas Kak Mira (Bakul Pastri dan Tat Nenas). 
Pengelola tadika dan taska tempat Ilin hantar anak-anak Ilin tempah sempena majlis perkahwinan dua orang adiknya.  Jadi dua set bakul pastri berisi 30 biji tat nenas berbentuk pelbagai buah lah Ilin kena buat.  Kemudian tempahan disusuli pula dengan 500 biji tat nenas untuk dijadikan sebagai door gift kepada tetamu yang hadir.
 

Saturday 14 May 2011

Nur Qashrina Adani

 
Anak buah Ilin yang bongsu dah 1 tahun dah.  Ni anak adik bongsu Ilin yang sulung.  She is so cute and so chubby.  Rasa nak cubit-cubit je pipi tembam tu.  Masa mula adik ipar Ilin mintak buatkan kek untuk majlis harijadi Qashrina pening nak pilih gambar apa nak lukis.  Last-last pilih Minnie Mouse.  Dah pilih tu pening gambar yang mana nak lukis pulak, dan shortlisted kepada 3 je.  Tak tahu yang mana nak pilih akhirnya Ilin mintak anak Ilin Nurfatini yang pilihkan. 
So Nur Qashrina Adani, Happy Birthday! Doa Mak Lang dan Pak Lang semoga Qashrina menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat, serta menjadi kakak yang penyayang pada adik-adiknya (errr...bila tu nak dapat adik, Amir Shafy nak dapat adik dah).

Thursday 12 May 2011

Happy Nurses Day!

Terus terang Ilin katakan di sini selama ni tak pernah tau pun ada Nurses Day sehinggalah kawan Ilin, Oleen tempah kek dan cupcakes untuk meraikan jururawat-jururawat di unit dia bertugas.  Masa kecik-kecik dulu jururawat merupakan salah satu cita-cita yang diisi pada kad biru.  Haha...tapi rasanya Ilin tak sesuai sebab kurang kesabaran.  Memang tabik dengan jururawat ni sebab yelah sebab terpaksa berdepan dengan macam-macam kerenah pesakit. 
To all nurses, Happy Nurses Day. 

Monday 9 May 2011

Pai & Marble Pudding Lagi

Nampaknya kalau ada award, pai ayam dan marble pudding ni boleh la menang award 'Best Selling Products' di Mieilin's Kitchen.  Kali ni kawan yang memang dah lama Ilin kenal, semenjak belajar di PPP/ITM Seksyen 17, Shah Alam, Rina tempah 2 pai ayam dan 1 marble pudding sempena majlis harijadi anak yang bongsu (for now...:-)). 
Cam biasa tak best tengok kosong je atas pai, so 'pai decorating' lagi la...kali ni buh bunga -bunga la sikit. 
Ilin ni memang sukan pai ayam dari kecik tapi masa kecik-kecik dulu nak makan beli kat kedai, Ilin pun tak ingat bakery mana yang selalu beli tapi memang sedap sebab inti dia bukan kari ayam tapi yang ala-ala 'chicken pot pie'.  Bila dah besar ni susah nak dapat yang macam tu, setiap kali beli inti dia mesti yang kari punya.  Tu yang cari resipi dan bila dah jumpa try buat.  Tapi seperti biasa la resipi tu sebagai guide je, kuantiti dan apa Ilin nak bubuh ikut suka Ilin je :-).  Frankly, senang je nak buat tapi nak menyediakan bahan-bahan tu renyah la sikit sebab semua kena potong kecik-kecik (dadu).

Friday 6 May 2011

Birthday Ibu

 
Cupcake ni ditempah khas oleh kawan anak Ilin untuk harijadi ibu yang tersayang.  Ni pun betul-betul last minute tapi sebab nak bagi hadiah untuk si ibu, tak sampai hati nak kata tidak.  Memang sebagai seorang ibu, Ilin tumpang seronok nak memenuhi hasrat si anak nak bagi hadiah untuk si ibu.  Sebagai ibu, hadiah berbentuk kebendaan bukanlah sesuatu yang diminta tapi cukup sekadar ingatan anak-anak pada kita bergelar ibu serta kasih sayang yang dicurahkan oleh anak-anak kepada kita.
Ordernya memang 'specific' - 4 biji cupcake tulis IBU, I LOVE U, tapi Ilin came up with this instead.
But ni sebab special request yang tak selalu Ilin penuhi.  Ilin tak dapat nak entertain sebarang tempahan untuk kuantiti yang sikit-sikit ni (kecuali nak box of 2/4/6 tapi nak berkotak-kotak, tu lain la kan).  Harap-harap customers and potential customers faham la ye. 

Monday 2 May 2011

Ultraman for Mikail

Happy Birthday pada cucu Ilin yang kedua - Mikail.   Cucu saudara sebenarnya (cucu kakak ipar Ilin).  Mikail ni suka sangat dengan Ben10 dari kecik tapi kali ni mummy dia tempah kek gambar Ultraman pulak.  Dah membesar preference pun dah bertukar yek.  Tapi ye la asyik-asyik kek Ben10 boring jugak kan Mika.
Kali ni kek 1kg, vanilla buttercake covered by steam buttercream.  Gambar tu dilukis menggunakan piping jelly. 
Moga Mika membesar sebagai anak yang soleh and berjaya dunia akhirat, serta menjadi abang yang bertanggungjawab pada adik-adik (for now baru sorang je adik dia, bila la nak tambah adik lagi yek) kelak.