Friday 22 April 2011

Terlupa lagi!

Hahah...tu la tak sempat-sempat nak hantar pada yang menempah, kan dah terlupa lagi nak ambik gambar. 
Terima kasih pada:
1.  Asmah - kali ni instead of cupcake, Asmah tempah birthday cake untuk si kecil, Darin yang berusia 3 tahun.  Kek coklat disalut buttercream, dengan lukisan Wonder Pets menggunakan teknik drawing on buttercream. 
2.  Che Ah - chicken pie.  Dah lama sangat dia dok teringatkan pai Ilin ni.

Sunday 17 April 2011

Jualan di Sri Maya

Antara cupcakes yang dijual di Karnival di Sri Maya. Ilin tumpang letak barang je, booth dikelolakan oleh sepupu Ilin.  Terima kasih banyak-banyak pada sepupu Ilin yang banyak menyokong Ilin.

Saturday 16 April 2011

Untuk si Kecil

Cupcake bertemakan pink untuk si kecil berusia 1 tahun, ditempah oleh Amy.

Testimoni:
Aemey wrote: "thks k.ilin,cuppies tu bkn je cntik tp sgt2 sdap jgk..next time nk order yg buttercream pulak :)"

Friday 15 April 2011

Keanggunan Emas

Cikgu Hazim, Cikgu Wan Ruhaida sekali lagi menempah cupcakes, tapi kali ni sempena majlis pertunangan adik beliau.  Temanya 'Emas'.  Apa lagi semua bersalut emas la, tapi bukan emas betul. 
Bunga-bunga (yang semuanya Ilin buat sendiri menggunakan fondant) disembur dengan Americolor Gold Sheen. 
Sebelum disembur dengan gold sheen, fondant tu diwarnakan menggunakan pewarna Americolor Gold.  Kalau tak ada boleh la jugak guna warna kuning.  Kena warnakan dulu sebab kalau tidak tak terserlah keemasan dia dan nampak tak cantik.  Risau jugak, fondant ni kalau cuaca lembab-lembab (yelah sekarang ni tengah musim hujan) susah/lambat nak keras.  Nak sembur sheen tu kena tunggu keras dulu baru elok.  Tu pun 2 kali sembur nak bagi nampak cantik dan untuk pastikan semua kawasan disaluti dengan sheen. 


Sunday 10 April 2011

Another Pie and Pudding combination!

Nampaknya pai ayam memang serasi sangat dengan marble pudding ni.  Kalau orang tempah pai ayam, akan ada lah marble pudding.  Kali ni tempahan dari Vaany, kawan kepada anak saudara Ilin.  Ni first time dia order dengan Ilin.  Pai ayam ni kalau tak habis boleh la disimpan dalam peti ais, atau boleh disejukbekukan aje, bila-bila nak makan defrost (tak perlu pun tak apa) dan panaskan dalam microwave. 
Thanks Vaany for the order. 

Ilin terlupa pula nak ambik gambar untuk tempahan-tempahan yang sebelum-sebelum ni.  Jangan la pula terasa hati pada yang menempah ya.  Ada yang memang terlupa (yelah dok kelam kabut buat macam-macam ni), dan ada pulak kebetulan masa tu suami outstation, terlupa la pulak Ilin boleh ambik gambar guna handphone.
Terima kasih pada:
1.  Kak Sab yang menempah 30 biji tat berbentuk buah.   Katanya untuk diletakkan di atas meja beradab (meja makan pengantin la tu).  First time buat lepas kelas dengan Kak Mira.
2.  Ila yang menempah sebiji cheese cake bertoppingkan blueberry untuk harijadi anak daranya.
3.  Zana yang menempah sebiji Marble Pudding. 

Wednesday 6 April 2011

2 kek untuk 1 hari

 Nurfatini awal-awal lagi dah cakap nak bawa kek ke sekolah.  Maksudnya Ilin kena buat 2 kek sebab dia pergi ke dua sekolah yang berlainan - Sek. Keb. pada waktu petang, dan Sek. Ren. Agama pada paginya. 
Masa Ilin bawa balik kek hasil dari kelas melukis kartun Kak Lea (Lea Oven) - http://mieilin.blogspot.com/2011/03/drawing-on-buttercream.html, Nurfatini memang dah cakap nak kek lukis-lukis ni untuk harijadi dia.  Mula tu memang rancang nak gunakan teknik melukis kartun ni untuk kedua-dua kek tapi fikir-fikir balik rasa macam tak menang tangan nanti. Teringat ada resipi chocolate buttercream dari buku yang Ilin beli (ditulis oleh Lynn Hassan), jadi rasanya inilah masa yang sesuai untuk Ilin cuba.  Maka inilah yang dapat diilhamkan untuk kedua-dua kek harijadi anak Ilin ni.