Wednesday 23 March 2011

Bakul Pastri dan Tat Nenas

Ni satu lagi kelas yang dah lama sangat Ilin teringin nak pegi - kelas bakul pastri oleh Kak Mirawati.  Dah lama Ilin dok ikut hasil kerja Kak Mira ni.  
Seronok tengok bakul-bakul pastri yang dihasilkan oleh Kak Mira dan pelajar-pelajar yang menghadiri kelas Kak Mira.  Kelas memang dibuat untuk seorang sahaja memandangkan ruang kerja yang agak terhad di rumah Kak Mira ni.   Seharian jugak nak menyiapkan bakul ni.  Yang buat lamanya ialah proses membakar pastri tu sebab dia perlu dibakar dalam suhu yang rendah kalau tidak nanti pastri hangus je tapi tak masak.  Dari pagi membakar, sampai petang la baru habis.  Sambil-sambil membakar pastri tu, buat tat nenas untuk diisi dalam bakul tu. 
Bakul pastri ni sesuai sangat untuk hantaran, dan sebagai buah tangan - tak la asyik nak bagi kek/buah je kan. 
Memang seronok dan Kak Mira pun tak lokek mencurahkan ilmu.