Monday 30 July 2012

Apam polka dot dan cream puffs

 Tempahan dari 2 orang yang berbeza. 

Friday 20 July 2012

My 1st 200!

Kali pertama terima tempahan cream puff yang melebihi 100 biji - anak buah tempah 200 biji sempena makan-makan sebelum Ramadhan.
Jenuh dia kena mengangkut naik LRT, ingatkan ringan, rupanya berat juga bila dah 200 biji.
 

Thursday 19 July 2012

Cream puffs dan Pavlova

Lagi tempahan cream puffs dan 1 layer pavlova

Saturday 14 July 2012

Kelas Special Ramadhan

InsyaAllah, selepas menghadiri kelas 'Special Ramadhan' oleh sifu Ellie, bertambah la lagi produk di Mieilin's Kitchen.
Ni antara produk-produk terbaru yang dah boleh pun ditempah, sesuai utk bulan puasa ni dah raya nanti atau bila-bila pun:

Thursday 12 July 2012

Macaroon

Baru 2 kali buat macaroon, itu pun untuk makan-makan sendiri sebab saja nak cuba-cuba resipi yang terdapat di Internet.  Tetiba kawan suami Ilin tanya ada buat tak macaroon.  Ikutkan memang la Ilin tak jual sebab hasilnya tak la secantik macaroon di kedai dan yang dibuat oleh bakers lain.  Tapi sebab kawan suami ni tak kisah Ilin pun teruskan aje buat macaroon menggunakan resipi yang pernah Ilin buat.
 Sekali lagi Ilin tekankan, macaroon belum masuk dalam senarai produk Mieilin's Kitchen yek.

Wednesday 11 July 2012

Lagi Cream puff untuk Mak Buyong

Tempahan oleh 2 orang mak buyung.  Memang dok mengidam sangat la tu.  Thanks Su dan Alin.

Saturday 7 July 2012

Moist Chocolate Cake

Tempahan dari jiran Ilin, Makcik Noriah.  Ni pun repeat order.  Dulu dia tempah lepas rasa kek ni masa Ilin buat jamuan raya tahun lepas.  Kali ni dia tempah sempena makan-makan keluarga Makcik Noriah pula.
This is ~1.5kg cake, covered with chocolate ganache.

Friday 6 July 2012

Colors of Apam Polka Dot

Repeat order from Zam.  Dulu tempah untuk majlis harijadi anak sendiri, kali ni untuk anak orang lain pulak.
Again, terima kasih ye Zam.

Si Merah Baldu

My 1st red velvet cake with cream cheese frosting and fresh cherries, ordered by my cousin, Kak Nora.

1 for 2

Again, Dr. Lily tempah kek dari Ilin.  Kali ni sempena harijadi suami tersayang dan ulangtahun perkahwinan.  Senangkan, satu kek untuk 2 peristiwa.  Terima kasih atas sokongan tak putus-putus dari Dr.
1 kg cake marble buttercake dengan buttercream frosting.  Kali ni Ilin cuba teknik baru - air brushed the buttercream. Selain birhday cake ni, Dr. juga tempah vanilla cupcake kosong tanpa hiasan.

Wednesday 4 July 2012

Cream puff untuk Mak Buyong

Tempahan oleh Su yang tengah bercuti panjang sementara tunggu waktu nak bersalin. Tetiba teringat nak tempah cream puff dari Ilin..hehehe.