Saturday, October 20, 2012

Gold & Cream

Ni kira kek kawin ke-3 Ilin.  Kali ni Ilin nak buat lain sikit dari yang 2 kek Ilin pernah buat. 
Kalau sebelum-sebelum ni asyik kek bertingkat 'stack' aje, kali ni betul-betul 'tier' pulak. 
Ni juga kali pertama orang kata 'pasang kek' di tempat majlis.  Sebelum ni Ilin hantar je kek dah siap sambung-sambung...hahah, ni kira nak bagi ayat senang faham.
Berdebar jugak ye la bak kata orang kali pertama, tapi kalau tak buat tak ada pula la nanti kali pertamanya.
Terima kasih pada kawan baik Ilin yang beri peluang untuk terima tempahan ni dah kepercayaan yang diberikan.
Risau jugak nak buat kek fondant ni sebab masa ni asyik dok hujan je.  Fondant ni kalau asyik hujan-hujan ni tak berapa nak jadi cantik.
Tu satu risau, risau kedua nak kena hantarnya jauh gak - Kuala Kubu Baharu, suatu tempat yang Ilin sendiri tak pernah sampai.  Lagi sekali 'pertama'nya.
Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan dengan baik.
Bahagian atas kek red velvet, bahagian bawah kek coklat.  Kek dikelilingi oleh 30 biji kek cawan red velvet dengan topping cream cheese.