Thursday 25 October 2012

Tempahan Aidil Adha

Ni adalah tempahan yang Ilin terima sempena nak sambut Hari Raya Aidil Adha tahun ni.  Alhamdulillah kebanyakannya dari repeat customers.  Ada yang repeat order pun.

Sunday 21 October 2012

The Angry Birds!

Tahun lepas angry bird, tahun ni pun tema yang sama untuk adik Hilman Khilfi ni. 
Kena pilih gambar lain je pulak kali ni - Angry Bird Space. 
 Kali ni tambah angry bird cupcakes.

Saturday 20 October 2012

Gold & Cream

Ni kira kek kawin ke-3 Ilin.  Kali ni Ilin nak buat lain sikit dari yang 2 kek Ilin pernah buat. 
Kalau sebelum-sebelum ni asyik kek bertingkat 'stack' aje, kali ni betul-betul 'tier' pulak. 
Ni juga kali pertama orang kata 'pasang kek' di tempat majlis.  Sebelum ni Ilin hantar je kek dah siap sambung-sambung...hahah, ni kira nak bagi ayat senang faham.
Berdebar jugak ye la bak kata orang kali pertama, tapi kalau tak buat tak ada pula la nanti kali pertamanya.
Terima kasih pada kawan baik Ilin yang beri peluang untuk terima tempahan ni dah kepercayaan yang diberikan.
Risau jugak nak buat kek fondant ni sebab masa ni asyik dok hujan je.  Fondant ni kalau asyik hujan-hujan ni tak berapa nak jadi cantik.
Tu satu risau, risau kedua nak kena hantarnya jauh gak - Kuala Kubu Baharu, suatu tempat yang Ilin sendiri tak pernah sampai.  Lagi sekali 'pertama'nya.
Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan dengan baik.
Bahagian atas kek red velvet, bahagian bawah kek coklat.  Kek dikelilingi oleh 30 biji kek cawan red velvet dengan topping cream cheese.   

Tempahan Apam Polka Dot Lagi

Kawan Ilin tempah apam polka dot untuk 2 hari yang berlainan tapi untuk satu peristiwa - harijadi anak perempuan dia.


Saturday 13 October 2012

I'm 2!

Lagi tempahan dari repeat customer.  Jauh pulak tu - dari Putrajaya.  Sangat-sangat berterima kasih kerana menyokong Mieilin's Kitchen dari dulu sehingga sekarang.

Friday 5 October 2012

My 2nd Lightning McQueen

Tempahan dari salah seorang repeat customers. Keknya sangat-sangat la berat.
Ni kali kedua Ilin buat kek bentuk Lightning McQueen.  My first was covered with buttercream, kali ni dengan fondant pulak.