Friday, August 17, 2012

Menjelang Aidil Fitri 2012

Jiran Ilin ni memang tiap-tiap tahun wajib tempah cheese cake dari Ilin.  Selalunya sebiji je cheesecake, tahun ni jadi 2 lepas cucu dia mintak tambah. 
Tahun ni juga tambah moist chocolate cake, 3 biji pulak tu...satu untuk anak buah dia.  Memang dia mintak nak bentuk segiempat.  Untuk mengelakkan dari pening nak pilih, Ilin buat design sama je semua...hahah
 Kek di bawah ni buat untuk dibawa balik ke rumah mertua.  Terpaksa buat bulat sebab acuan segiempat ada 3 biji je pun  hahah.
 Yang ni pula murtabak lapis crackers daging untuk rumah mak ayah Ilin.