Saturday, January 14, 2012

2012 1st order - 3Bs: Bow, Boboi Boy and Ben10

Hari ni ada 3 tempahan nak kena penuhi.
Tempahan pertama dari Elleena untuk majlis harijadi anaknya yang berusia 1 tahun.  Dia bagi sample design tapi Ilin buat sedikit perubahan. Keknya kek coklat, seberat 1.5kg disaluti dengan fondant.  Bow dan polka dot putih dibuat dari fondant juga.  Tulisan tu adalah fancy cookies.
Alhamdulillah, Elleena suka sangat dengan kek ni. 
Selain kek, Elleena juga tempah apam polka dot tanpa fillings menggunakan warna tema yang sama - biru dan putih, dan fancy cookies berbentuk nombor 1. 
 
Terima kasih banyak-banyak Elleena.
Tempahan kedua dari Fadhillah.  Kek Boboi Boy menjadi pilihan si anak.   Kek coklat seberat 2kg bersaiz 11inci x 11inci.  Disaluti dengan buttercream.  Gambar Boboi Boy dilukis menggunakan piping jelly.  Seronok dengar Fadhillah akan meraikan harijadi anak dia bersama-sama anak-anak yatim.   
Tempahan ketiga oleh Nik Yatie.  Seperti yang lain, kek coklat seberat 1.5kg, disaluti dengan steam buttercram.  Hiasan menggunakan buttercream dan fondant.  Gambar Ben10 tu ialah dari edible image.