Friday, January 27, 2012

Apam Polka Dot

150 apam polkadots (no fillings) ordered by my SIL's friend.   Thanks Arn tolong promote kat ING tu :-)

Wednesday, January 25, 2012

1st order - Pavlova

 
Baiti yang tak tahan dengan gambar-gambar pavlova yang Ilin post kat FB album terus tempah 2-layer pavlova.  Pavlova ni boleh juga ditempah 1-layer punya.  Kali ni yang 1-layer kepunyaan Zana. Topping dia boleh buh apa-apa je.  Defaultnya buah-buahan segar la.  Kali ni Ilin buh kiwi, oren mandarin, strawberry dan anggur.   Kalau nak suruh bubuh specific fruits pun boleh aje. 
Alhamdulillah, dapat positive feedback from both of them.  So cepat meh cepat tempah. 
Sebelum ni Kabti ada tempah Marble Pudding, and seperti biasa, terlupa nak ambik gambar...hahah.

Friday, January 20, 2012

Celebrating the new family member

Eeee....nope, not in my family.  Kawan Ilin Jaja nak buat kenduri cukur jambul anak dia yang baru lahir.  Jaja tempah 50 fancy cookies bentuk botol susu dan 50 fancy cookies bentuk pram.
Kebetulan pulak harijadi anak yang sulung, so Jaja tempah sekali kek harijadi unutk Wawa.
 
 Thanks again Jaja for your support. 

Wednesday, January 18, 2012

1st Order - Cream Puffs

Wah!  Baru je buat promosi dah terima tempahan.  Thanks to Nik dan Liza for the orders ya.  Minimum order 50 biji tapi Ilin buat promosi sepanjang bulan Februari ni minimum 30 biji je.  Cream puffs ni boleh je simpan dalam peti ais.  Nak makan ngap je, tak payah nak panas-panaskan.
Custard fillings dia memang rasa lain dari yang Ilin pernah rasa. Sedappppp.  So apa lagi tunggu, jom order!

Saturday, January 14, 2012

2012 1st order - 3Bs: Bow, Boboi Boy and Ben10

Hari ni ada 3 tempahan nak kena penuhi.
Tempahan pertama dari Elleena untuk majlis harijadi anaknya yang berusia 1 tahun.  Dia bagi sample design tapi Ilin buat sedikit perubahan. Keknya kek coklat, seberat 1.5kg disaluti dengan fondant.  Bow dan polka dot putih dibuat dari fondant juga.  Tulisan tu adalah fancy cookies.
Alhamdulillah, Elleena suka sangat dengan kek ni. 
Selain kek, Elleena juga tempah apam polka dot tanpa fillings menggunakan warna tema yang sama - biru dan putih, dan fancy cookies berbentuk nombor 1. 
 
Terima kasih banyak-banyak Elleena.
Tempahan kedua dari Fadhillah.  Kek Boboi Boy menjadi pilihan si anak.   Kek coklat seberat 2kg bersaiz 11inci x 11inci.  Disaluti dengan buttercream.  Gambar Boboi Boy dilukis menggunakan piping jelly.  Seronok dengar Fadhillah akan meraikan harijadi anak dia bersama-sama anak-anak yatim.   
Tempahan ketiga oleh Nik Yatie.  Seperti yang lain, kek coklat seberat 1.5kg, disaluti dengan steam buttercram.  Hiasan menggunakan buttercream dan fondant.  Gambar Ben10 tu ialah dari edible image. 

Saturday, January 7, 2012

1st Class in 2012

Akhirnya dapat jugak join kelas Pavlova, cream puff dan eclair yang diadakan oleh Kak Lea dari LeaOven.
Ni kali kedua la Ilin join kelas Kak Lea (kelas pertama - drawing on buttercream).

Maka akan bertambah la lagi produk Mieilin's Kitchen.  Sapa-sapa nak order dipersilakan la ya. 
Pavlova ni bersaiz ~ 8 inci.  Dilapisi dengan krim khas dan buah-buahan segar.  Boleh nak selapis atau 2 lapis. 
Yang bulat-bulat tu cream puff, sementara yang ada topping coklat tu eclair.  Memang sedap.