Monday, December 5, 2011

Murtabak Lapis Crackers

Sebagai menyahut jemputan sifu Ilin, Ellie untuk mencuba resipi Murtabak Lapis Crakers.  Mood tengah nak mencuba pulak memang tengah ada apa lagi mengoogle la cari resipi.  Last-last guna resipi dari Mat Gebu sebagai rujukan.  Ilin kata rujukan sebab tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana nak buat.  Sukatan bahan-bahan Ilin main agak-agak je, tak ikut sangat resipi.  Lepas tu ada la tukar sana, tukar sini sikit bahan-bahannya ikut apa yang ada kat rumah. 
Secara keseluruhannya boleh la diterima oleh anak-anak dan suami.  Anak buah komen katanya macam makaroni bakar.  Suami Ilin pulak cadangkan lain kali cuba tukar guna lasagna pulak.   InsyaAllah boleh la dimasukkan dalam list senarai produk satu hari nanti (ini pun ada dah kawan yang nak menempah).