Friday 30 December 2011

Coklat Oh! Coklat


Coklat memang antara makanan yang Ilin suka sangat dari kecil sampai la sekarang ni.  Tengok orang buat coklat teringin gak nak buat sendiri.  Nak pegi kelas belajar buat coklat tak berkesempatan lagi akhirnya Ilin cuba je la sendiri sambil-sambil rujuk buku yang dah lama dibeli.  Ilin ni dah biasa makan dark chocolate jadi untuk buat homemade chocolate ni Ilin beli dark chocolate compound block la jugak dari kedai-kedai yang menjual peralatan bakeri.   Kat market tu ada banyak jenis dan jenama - Selbourne, Beryls, De Bourne, Collatta, disebabkan Ilin tak ada pengalaman buat coklat Ilin tanya je orang kedai tu yang mana sedap.   Dia kata dia lebih suka De Bourne.  Ilin pulak sebab memang dok makan coklat Beryls Dark Chocolate yang boleh dibeli di pasaraya, ambik jugak la Beryls punya.  So utk batch yang pertama ni guna Beryls.  Cuba buat lolli choc dan loose choc.  Rasanya masih tak sepahit yang beli siap. 

Yang ni batch kedua.  Yang segiempat tu guna De Bourne dan yang bentuk macam shell sikit tu guna Beryls.  De Bourne lebih pahit sikit dari Beryls.   Nanti Ilin cuba pula buat guna Collatta.  Dah habis experiment dengan dark chocolate, boleh la cuba milk chocolate dan white yek.  Lepas tu boleh la consider untuk dimasukkan sebagai produk.  Ye la sebelum kita nak menjual kena la tau macamana rasanya.  Baru la senang nak recommend pada pelanggan.

Saturday 24 December 2011

Marble Pudding dan Carrot Cake

Ni kali pertama Ayin tempah dari Ilin - carrot cake dan marble pudding.  Marble pudding tu dia nak jadikan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan adik Ayin.  Memang dia mintak guna warna tema - merah jambu dan ungu.  

Friday 23 December 2011

Apam Polka Dot

200 apam polka dot, mixed fillings, repeat order dari Fauzi.  Minggu sebelum tu dah order 200 biji jugak, tapi terlupa nak ambik gambar...typical me :) 

Thursday 22 December 2011

Whoopie Pie Anyone?

Another new project in the kitchen - whoopie pie.  I read about it recently and I thought why not giving it a try after looking at the recipe.  The texture and taste is like a cake.  Campuran dititiskan macam nak buat macaroon tapi besar la sikit (part saiz ni boleh buat ikut suka hati je pun).  Dah bakar, biarkan sejuk lepas tu letak krim dan lapiskan macam dalam gambar tu, macam nak buat macaroon la jugak tu. 
Krim tu macam nak buat buttercream - butter dan gula icing serta perisa.  Cuma kali ni Ilin kurangkan gula sebab tak nak manis sangat.  Food critics kat dalam rumah Ilin ni kata sedap.  So boleh la dimasukkan dalam senarai produk untuk tahun depan.  

Thursday 8 December 2011

Lagi Murtabak Lapis

Wah! Baru je buat promosi terima lagi tempahan untuk murtabak lapis crackers ni.   Alhamdulillah.  Azrul ni tempah lepas dia rasa murtabak lapis yang ditempah oleh Kak Sham la.  Terima kasih la pada Kak Sham tolong-tolong buat promosi produk baru ni.  
 
Untuk sapa-sapa yang berminat nak tempah sila-sila la isi borang atau emelkan saja pada Ilin yek.  Ilin ada sediakan perkhidmatan penghantaran (ada la caj penghantaran dikenakan).

Wednesday 7 December 2011

1st order - Murtabak Lapis Crackers

Baru je buat promosi kat Facebook terus dapat tempahan pertama.  Alhamdulillah.  Thanks Kak Sham.  3 lapisan daging cincang dan 5 lapisan biskut cream crackers.  Yummy! 

Tuesday 6 December 2011

English Scones

Made these for breakfast a few days ago.  This is English scones or some people called them biscuits.  Dah banyak kali jugak buat ni.  Makan panas-panas memang sedap kena pulak cuaca sejuk-sejuk sekarang ni.  Yummy!  Kalau nak buat boleh la rujuk resipinya di sini.   Kalau tak rajin nak buat, nak order dengan Ilin boleh aje, walaupun Ilin tak masukkan dalam senarai produk.

Monday 5 December 2011

Murtabak Lapis Crackers

Sebagai menyahut jemputan sifu Ilin, Ellie untuk mencuba resipi Murtabak Lapis Crakers.  Mood tengah nak mencuba pulak memang tengah ada apa lagi mengoogle la cari resipi.  Last-last guna resipi dari Mat Gebu sebagai rujukan.  Ilin kata rujukan sebab tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana nak buat.  Sukatan bahan-bahan Ilin main agak-agak je, tak ikut sangat resipi.  Lepas tu ada la tukar sana, tukar sini sikit bahan-bahannya ikut apa yang ada kat rumah. 
Secara keseluruhannya boleh la diterima oleh anak-anak dan suami.  Anak buah komen katanya macam makaroni bakar.  Suami Ilin pulak cadangkan lain kali cuba tukar guna lasagna pulak.   InsyaAllah boleh la dimasukkan dalam list senarai produk satu hari nanti (ini pun ada dah kawan yang nak menempah).