Saturday 26 November 2011

Apam Oh! Apam...

Ina tempah 2100 biji apam polka dot untuk dijadikan sebagai door gift sempena perkahwinan adik Ina. 
Ilin cuma supply apamnya dan dia akan buat packagingnya.  Kalau customer tanya, Ilin akan kata apam ni tahan 3 ke 4 hari.  Kalau simpan dalam peti ais boleh tahan seminggu.  Pernah juga Ilin cuba frozenkan, okey je tapi tak la try simpan berapa lama pulak untuk tahu tahan berapa lama.  Keluar dari peti ais/freezer biarkan dulu then boleh makan, tak perlua kukus semula.  Kalau petiais biarkan dalam 15 minit, kalau freezer pulak tunggu je la sampai dia dah defrost. 
Dok kalut nak siapkan apam terlupa ambik gambar apam sebelum masuk kotak.  Teringat nak ambik gambar bila semua kotak dah kena seal.  Ilin seal sebab takut semut masuk pulak.  Bila dah banyak-banyak mana muat kat rumah ni nak simpan dalam tempat yang tertutup.  Kotak pulak besar-besar.  Terpaksalah ambik langkah berjaga-jaga.  Nanti penat-penat buat tak boleh la diguna pulak.  Semuanya ada 6 kotak bersaiz 16 inci, dan 1 bekas transparent bersaiz 8 inci.  Mujur la muat kereta tu.