Saturday 26 November 2011

Apam Oh! Apam...

Ina tempah 2100 biji apam polka dot untuk dijadikan sebagai door gift sempena perkahwinan adik Ina. 
Ilin cuma supply apamnya dan dia akan buat packagingnya.  Kalau customer tanya, Ilin akan kata apam ni tahan 3 ke 4 hari.  Kalau simpan dalam peti ais boleh tahan seminggu.  Pernah juga Ilin cuba frozenkan, okey je tapi tak la try simpan berapa lama pulak untuk tahu tahan berapa lama.  Keluar dari peti ais/freezer biarkan dulu then boleh makan, tak perlua kukus semula.  Kalau petiais biarkan dalam 15 minit, kalau freezer pulak tunggu je la sampai dia dah defrost. 
Dok kalut nak siapkan apam terlupa ambik gambar apam sebelum masuk kotak.  Teringat nak ambik gambar bila semua kotak dah kena seal.  Ilin seal sebab takut semut masuk pulak.  Bila dah banyak-banyak mana muat kat rumah ni nak simpan dalam tempat yang tertutup.  Kotak pulak besar-besar.  Terpaksalah ambik langkah berjaga-jaga.  Nanti penat-penat buat tak boleh la diguna pulak.  Semuanya ada 6 kotak bersaiz 16 inci, dan 1 bekas transparent bersaiz 8 inci.  Mujur la muat kereta tu.

Friday 18 November 2011

Hantaran - Bakul Pastri & Peach & Purple Theme

Emi, kawan baik Ilin semasa menuntut di SABS, Kuantan tempah bakul pastri siap dengan tat nenas serta sebiji kek hantaran sempena perkahwinan anak saudara di Kelang.  Dah lama dia book tarikh tapi tinggal seminggu baru confirm warna tema.  Ni la kali pertama Ilin buat sendiri bakul pastri yang lengkap dengan tangkai dan penutup.  Sebelum ni buat bakul je.  Banyak nak kena berlatih lagi supaya lebih mahir dan lebih cantik. 
Bakul ni dihasilkan dari acuan yang bersaiz 7.25" x 5.5" dan boleh memuatkan lebih kurang 30 biji tat nenas bentuk buah (sebiji tat nenas bersaiz lebih kurang sebesar biji bola ping pong).  Emi ni terror bab-bab gubahan hantaran jadi tu yang kena kontrak sediakan hantaran untuk anak saudara dia.  Jadi sesiapa di Kuantan boleh dapatkan perkhidmatan dia (PM Ilin untuk dapatkan contact no. dia). 
Untuk kek hantaran Ilin guna vanilla buttercake.  Warna tema adalah peach, dark purple dan putih.  Memang pengantin nak kek dengan 'quilt pattern' dan nak ada nama pengantin serta tarikh perkahwinan di atasnya.  Bunga digubah bentuk L. 
Seperti biasa, bunga dibuat dari gumpaste/flowerpaste yang dibuat sendiri.  Risau sebab cuaca sekarang asyik hujan je, takut tak kering bunga.  Alhamdulillah masa buat tu elok pulak panasnya tapi yelah lepas-lepas tu asyik hujan.  Kejap-kejap kena dijenguk la bunga ni takut tetiba layu.  Flowerpaste diwarnakan purple, selepas itu di'dust'lan dengan warna Deep Purple. 
Untuk melengkapkan quilt pattern di tepi kek, Ilin hias dengan pearl dragees.  Tak lengkap kek kalau cake board tak dilitupi dengan fondant dan riben di tepi. Harap-harap Emi dan pengantin berpuas hati dengan hasil Ilin kali ini.  

Thursday 3 November 2011

Princess and Castle Cake

Tempahan oleh Marini untuk anaknya Yaya yang berumur 6 tahun.  Memang Yaya nak kek Princess.  Another first time for me to make a castle cake, walaupun tak sepenuhnya bentuk castle.  Ni kira last minute order gak ni. 

The tiara is non-edible.  Beli kat kedai sebab kalau nak buat dari fondant takut tak sempat keras.  Dah la cuaca sekarang dok hujan je.  Ilin tak nak ambik risiko, jadi decided untuk beli dari kedai yang jual barang-barang untuk party.  Gambar princess tu Ilin lukis sendiri menggunakan piping jelly.  Tiang-tiang castle tu guna ice-cream cones.