Monday, October 31, 2011

Another Simple Cupcake Design

Kak Huda nak cupcake with buttercream topping and tulis Happy Birthday.  Bila dah terima SMS on the actual writing for the cupcake, Ilin called her to confirm that A.J MYRA is a girl.  Ilin kata nak hias bunga-bunga la untuk cupcake yang tak ada huruf, cepat-cepat dia kata no flower, bintang-bintang ke boleh la. 
Memandangkan buttercream tu Ilin hias guna rose technique rasa janggal la jugak nak buh bintang, so I settled for simple star press from the open star nozzle.
Untuk Tulisan Happy Birthday tu, untuk nampak menarik Ilin guna fondant dari dua warna yang berlainan.  Letakkan sebelah menyebelah dah canaikan dia.  Lepas tu apa lagi terap la dengan alphabet cuttter.

Friday, October 28, 2011

20 x 10: Lagi lagi apam polka dot!

Order from my friend, Jaja.  Each container boleh muat 10 apam polka dot with mixed fillings.  The filings are blueberry, strawberry, lemon, mango dan orange.  Thanks again Jaja. Masa terima tempahan ni Ilin baru terfikir lamanya tak buat apam polka dot. 

Thursday, October 20, 2011

Angry Birds Lagi

Sekarang ni tengah musim angry birds nampaknya.  Got another order for angry birds drawing cake.  Kali ni dari Atie untuk anak bujang yang berusia 4 tahun.  Atie ordered 2 cakes - satu untuk diraikan di tadika, satu lagi untuk dia sekeluarga. 
Kedua-dua kek ni kek coklat dan dilitupi dengan steam buttercream.  Gambar-gambar angry birds diwarnakan menggunakan piping jelly.  Hiasan kek menggunakan buttercream dan fondant.

Sunday, October 16, 2011

A Simple Birthday Cupcakes Request

The requirement is so simple, I think it is the simplest ever - nak tulis happy birthday.  I think I was so stunned (dan tak recover lagi dari kepenatan buat kek Chanel box dan Flyonn) that I forgot to ask her the other details - like for whom (boy ke girl), how old is the birthday boy/girl, any particular color theme.  Terus terang Ilin pun masa tu baru je delivered 2 birthday cakes and 60 cupcakes.  Tu yang cam orang baru bangun tidur tu..hehehe. 
Bila simple sangat Ilin jadi tak keruan, sebab takkan tulis happy birthday je...so jenuh la jugak perah otak supaya nak bagi menarik.  Hahah..susah jugak yek, bila dapat tempahan yang complicated, kita pening camna nak buat, bila simple sangat kita pulak nak memikir camna nak bagi menarik.  Harap-harap Wan dan isteri, terutama birthday boy suka la yek.  Thanks again for the order.

Monday, October 10, 2011

Sugar Flower: Moth Orchid

Another challenging task given to me!  Another baker friend asked me to make a minimum of 5 moth orchids for her.  Mana tak challenging nya, Ilin tak pernah buat dan rasanya ni la first time dengar nama moth orchid.  Tapi bila tengok gambar tu rasanya cam pernah nampak la bunga tu sebab mak Ilin memang penggemar okid.  Tapi yela nak buat ni nak bagi real biar bunga tu ada depan mata, abis-abis pun ada la apa-apa sebagai rujukan.  A bit nervous actually bila terima task ni, tapi kalau tak buat sampai bila Ilin tak akan tahu/belajar.  I'm lucky to have a friend like Aron yang tolong bagi guidance tapi iye la tak sama kalau bahan rujukan tu ada depan mata.  Maka pencarian melalui Internet pun dilakukan, ada la jumpa satu site ni.   
Ni antara tools yang diperlukan untuk buat moth orchid - cutter (kalau tak ada cari je template kat Internet tu, gunting kertas tu dan tekap la pada flower paste kita), veiner, foam pad, non-stick board, non-stick roller, dawai-dawai (putih, saiz 26), pembalut bunga warna hijau, gunting.
Hampir nak nangis/give up rasa bila nak buat throat dia ni (bahagian biru) tu sebab bila nak buh dawai je mesti pecah semua.  Entah berapa kali buat baru la ok sikit, and bila dah dapat rentak tu dia makin ok tapi still tak secantik yang Ilin tengok orang lain buat. 
 
Akhirnya ni la hasilnya.  Kak Mis kata kalau dapat buat 10 lagi bagus so Ilin pun buat la takat yang termampu.  Ikutkan tak puas hati especially part throat dia tu (yang warna biru tu la).  Tapi dengan kemahiran yang ada itu je la yang termampu buat (Later, Kak Mis bagi tau dia redo the throat).  InsyaAllah Ilin akan buat lagi di lain kali dengan hasil yang lebih baik dan lebih 'real' lagi.   
Pada kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak dengan sugarflower, jangan cepat putus asa yek dan jangan takut nak mencuba.