Saturday 24 September 2011

850 Cupcakes!

Setakat ni, ni la jumlah cupcakes terbanyak yang orang pernah tempah dari Ilin.
Mulanya niat Puteri nak tempah apam polka dot untuk majlis perkahwinan adik dia tapi setelah beberapa kali bertukar emel, sms, mms, akhirnya dia tukar fikiran, 425 vanilla cupcakes anda 425 chocolate cupcakes dibubuh dalam bekas bertutup dome.  Untuk vanilla cupcakes dihias dengan buttercream kuning, yang coklat dengan buttercream putih.  Semua cupcakes ditabur dengan colour love sprinkles. 

 Selalu tu dapat tempahan yang banyak macam ni masa musim cuti sekolah jadi dapatlah anak-anak menolong, tapi ni first time Ilin sorang-sorang.  Syukur ada sorang sepupu Ilin ni datang menolong.  Dalam 2 hari dapat la siapkan semuanya.  Makin dah cekap la sikit, tidak sebelum ni masa mula-mula pembabitan Ilin dalam bisnes ni, Ilin perlukan 3 hari untuk siapkan 600 cupcakes.  Orang kata kita belajar melalui pengalaman.

 Thanks Puteri atas tempahan ni.