Monday 26 September 2011

Chocolate Cake: Si Kembar

1.5kg moist chocolate cake untuk Si Kembar kesayangan ex-bos Ilin - Kak Mas.  Kebetulan sama dengan birthday Ilin.  Tapi Ilin tak buat birthday kek untuk Ilin yek, walaupun ramai kawan yang sangka akan buat kek special.  Sesekali nak gak rasa kek orang lain.  Ye la Ilin pun belum pandai buat semua jenis kek lagi.   
Moist chocolate cake ni memang disukai oleh anak-anak.  Sebelum ni Ilin buat chocolate cake biasa je - yang itu satu adunan dapat la 1kg, tapi moist chocolate cake ni satu adunan 1.5kg, dan ini dari pan bersaiz 9" diameter.

Saturday 24 September 2011

850 Cupcakes!

Setakat ni, ni la jumlah cupcakes terbanyak yang orang pernah tempah dari Ilin.
Mulanya niat Puteri nak tempah apam polka dot untuk majlis perkahwinan adik dia tapi setelah beberapa kali bertukar emel, sms, mms, akhirnya dia tukar fikiran, 425 vanilla cupcakes anda 425 chocolate cupcakes dibubuh dalam bekas bertutup dome.  Untuk vanilla cupcakes dihias dengan buttercream kuning, yang coklat dengan buttercream putih.  Semua cupcakes ditabur dengan colour love sprinkles. 

 Selalu tu dapat tempahan yang banyak macam ni masa musim cuti sekolah jadi dapatlah anak-anak menolong, tapi ni first time Ilin sorang-sorang.  Syukur ada sorang sepupu Ilin ni datang menolong.  Dalam 2 hari dapat la siapkan semuanya.  Makin dah cekap la sikit, tidak sebelum ni masa mula-mula pembabitan Ilin dalam bisnes ni, Ilin perlukan 3 hari untuk siapkan 600 cupcakes.  Orang kata kita belajar melalui pengalaman.

 Thanks Puteri atas tempahan ni.

Monday 19 September 2011

Chocolate Cake: The Ex

Hahah...tak ada kena mengena pasal ex-boyfriend, ex-husband, ex-girlfriend, ex-wife pun.
Kek ni dibuat setelah terima tempahan dari my last company - Pernec IT, for their birthday bash.  Satu adunan kek ni kalau ikut resipi sesuai untuk acuan bersaiz 9" bulat.  Tapi sebab dok fikir karang ramai lak orang nak keliling kek, tapi keknya kecik so Ilin tuang je dalam acuan  segiempat 10"x10", nampak la besar sikit.  Nak potong pun senang. 
Ni moist chocolate cake with chocolate ganache topping.  Semua hiasan menggunakan cooking chocolate yang dicampur dengan whipping cream.  Terima kasih la pada sifu, Ellie atas tunjuk ajar.  Tidak rasanya tak dapat la Ilin mendeco guna chocolate ganache ni.
Terima kasih Pernec IT for the order.

Sunday 18 September 2011

Apam polka dot again.

 Kak Yah ordered apam without fillings, while Zalina ordered orange and strawberry fillings only.  

Wednesday 14 September 2011

Birthday Cake: Choo Choo!

I am always fascinated with trains.  Bila terima tempahan dari Nita untuk buat kek bentuk Chuggington train, seronok sangat.  It will be my first cake that requires me to carve it into a train shape.  
Nita tempah kek bentuk keretapi sebab Danial ni memang suka sangat dengan keretapi. 
 The cake is a ! 1kg chocolate cake - the birthday boy's favorite, and fully covered with fondant.

Kek Harijadi di Minggu Pertama Raya

Tak sempat rehat dari balik beraya dah terima tempahan kek harijadi dari Kak Mas untuk anak bujangnya. 
Kebetulan Ilin memang dah balik rumah sebab beraya di Shah Alam, dan anak-anak pulak nak kena balik ke asrama jadi Ilin terima la tempahan ni.  Ilin pun memang nak buat kek coklat untuk anak-anak bawa balik ke asrama.  This is a 1kg chocolate cake covered with chocolate ganache.  Ilin buh almond slices di keliling dan taburan chocolate rice di tepi bahagian atas kek.  Tulisan tu menggunakan fondant sebab nak nampak kemas. 

Tempahan Raya Lagi

Lagi gambar-gambar kek-kek tempahan raya.