Friday 26 August 2011

Tempahan Raya - Kek Buah Kukus


Selain tu ada terima tempahan untuk 500 chocolate cupcakes oleh Pn. Balqis, untuk dimasukkan ke dalam goodies bag yang akan diberikan kepada murid-murid sempena majlis khatam quran Sekolah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur.  Ilin sampai terlupa nak ambik gambar.

Handbags Craze

A very challenging order as this is my first time making fondant handbags.  Thanks to my cousin, Jaja for the order. 

Lagi lagi Apam Polka Dot

Alhamdulillah, makin ramai pulak meminati apam ni.  Thanks Ina, Liza (dan kawan-kawan) dan Alyn.


Monday 22 August 2011

Menjelang Raya

Ni stock yang sedia ada buat masa ini, cepat book.

Kek Lapis
6x6 - Betawi - 1, Butterscotch - 1
8x8 - Butterscotch - 1
Gold Box (L) - Butterscotch - 1 box

Cookies
NR Chocolate chip cookies - 1 botol
Maharani  Chippy Bite (Large) - 1

Maharani Nutty Bite (Large) - 1



Monday 15 August 2011

Apam Polka Dot & Kek Lapis Johor Maharani Betawi

Repeat order from a friend.  Thanks Jaja.

Sunday 14 August 2011

Chocolate Moist Cake & Chocolate Roses

 
 Teringin sangat nak belajar camna nak buat chocolate roses, jadi Ilin pun sign up la kelas dengan Ellie sekali lagi.  Kali pertama dulu belajar buat apam polka dot.  Susah jugak nak buat roses ni.  Kena berlatih selalu baru mahir, kalau takat setahun sekali buat memang la terkial-kial dibuatnya. 
Alhamdulillah dapat lagi tip-tip dari Ellie ni.  Seronok pi kelas Ellie sebab dia bukan ajar kita buat kek je, tapi camna nak menjual, dan bungkusan.  Memang tak lokek ilmu. 
Dah la tu dapat pulak bonus - belajar buat nutty fruit tart.

Saturday 13 August 2011

Little Khalifah Shop

Ni Ilin tolong promote bisnes kawan.  Jom kita sama-sama memeriahkan cafe ini.  Diambil dari mesej yang di post di FB.
===========================================

The Little Khalifah Shop
  • “Little Khalifah Café”
    Assalamua’laikum w.b.t.

    Ramadhan Kareem!

    Alhamdulillah, setelah 8 tahun beroperasi, The Little Khalifah Shop maju setapak lagi untuk memberi perkhidmatan dan produk Islamik kepada masyarakat. Untuk pengetahuan umum, The Little Khalifah Shop telah berpindah ke premis terbaru iaitu di 13-2A & 2B, Ukay Boulevard, MRR2 Ulu Klang. Ianya terletak di tempat yang lebih strategik dan mudah untuk dikunjungi, iaitu bersebelahan dengan Lebuhraya MRR2 berdekatan dengan Zoo Negara. Ianya mempunyai kawasan parking yang banyak dan boleh diakses dengan lif.

    Sehubungan dengan itu juga, The Little Khalifah Shop telah melebarkan sayap dengan membuka satu lagi divisyen yang dikenali sebagai “Little Khalifah Café”, iaitu sebuah kafe yang menyediakan makanan halal seperti nasi arab, dimsum, pies dan pastries, lasagna, kek dan biskut serta berbagai lagi hidangan lazat. Ianya bukan sekadar kafe biasa, tetapi Kafe Buku yang menawarkan bukan sahaja makanan yang lazat, tetapi juga berbagai pilihan buku agama untuk masyarakat umum serta kanak-kanak khasnya.

    Juga dibuka adalah “Little Khalifah Café-To-Go” yang menawarkan makanan bungkus untuk dibawa pulang. Ini adalah untuk membantu ibu-ibu bekerja yang tidak sempat menyediakan makanan di rumah tetapi ingin mendapatkan makanan yang halal dan “home-made”. Kedua-dua Little Khalifah Café dan Little Khalifah Café-To-Go akan mula beroperasi pada hari Sabtu, 14 Ogos 2011 dan buat permulaan akan hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
    Seperti biasa juga, aktiviti-aktiviti “hands-on” seperti kelas memasak, art & craft serta storytelling untuk kanak-kanak akan terus dijalankan di bawah divisyen “Little Khalifah Activity Centre” pada hari Sabtu dan waktu cuti sekolah.

    Kami amat teruja dengan pembukaan premis terbaru ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan terhadap The Little Khalifah Shop selama ini. Kami juga ingin menjemput tuan/puan untuk membawa keluarga untuk berkunjung ke The Little Khalifah Shop di premis terbaru kami. Juga diminta untuk meng “forward” maklumat ini kepada kawan-kawan serta e-group melalui emel atau Facebook.

    Hadiah percuma menanti 200 pengunjung pertama yang membelanjakan minima RM50 di The Little Khalifah Shop!
    Terima kasih dan wassalam.
    The Little Khalifah Shop
    www.littlekhalifahshop.com
    03- 4147 2626

    P/s Pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan, Little Khalifah Café-To-Go menyediakan nasi arab ayam (RM10 sebungkus) dan nasi arab kambing (RM13 sebungkus) untuk Iftar. Makanan mula dijual pada pukul 4.30 petang.
    ===========================================

Friday 12 August 2011

Apam Polka Dot

Another order for apam polka dot.  Thanks Adriza.

Tuesday 9 August 2011

Peminat Bola

 Kek ni khas untuk si anak yang memang peminat setia bolasepak.  Disebabkan maknya tak ingat kelab mana dia suka/sokong, tu yang habis buh je semua kelab.  Terima kasih ya Kak Che Mah.  Tempahan ni memang betul-betul last minute, harap-harap lain kali jangan la bagi kejutan camtu lagi kat Ilin ni.  Mujur masih sempat siapkan.

Memang requestnya, nak kek ada shape bola gak. 

Saturday 6 August 2011

Tempahan Raya

Kami menerima tempahan kek lapis, dan cookies sehingga 2 minggu sebelum raya sahaja, lepas tu hanya berdasarkan stok.  Segala tempahan akan dihantar seminggu sebelum raya. 
Jadi kalau nak tempah tu sila la buat mulai sekarang yek.
Boleh emel saya di nmieilin@yahoo.co.uk atau hantar mesej ke inbox FB (Ilin Latif) saya.

Sapa-sapa berminat nak jadi ejen Kek Lapis Maharani pun sudi-sudikanlah hubungi saya.

Friday 5 August 2011

Strawberry Shortcake

Alhamdulillah, masih ada yang menempah birthday cupcake dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.  Thanks ya Kak Shidah.  Seperti biasa, semuanya adalah chocolate cupcakes.  Cupcakes are covered with fondant.  Hiasan menggunakan fondant dan edible image.  Edible image ni terpaksa tempah khas dari Arie sebab tak ada jual kat kedai tema Strawberry Shortcake ni.

Thursday 4 August 2011

Kek Lapis

Berikutan dengan berita terkini berkenaan dengan mentega jenama Golden Churn, adalah dimaklumkan disini, Kek Lapis Johor Maharani TIDAK  menggunakan mentega tersebut.

Wednesday 3 August 2011

Jom Raya

Sempena menyambut Aidil Fitri (tak terhad untuk Aidil Fitri je tau, perayaan lain pun boleh juga), sila-sila la tempah barangan-barangan berikut:

Kek Lapis Johor Maharani
Terdapat dalam pelbagai saiz.  Juga menerima tempahan untuk saiz mengikut pilihan anda. 
6"x6" - RM60
8"x8" - RM85
Gold Box (Besar) - RM75
Gold Box (Kecil ) - RM45

Antara perisa yang ada:
  • Masam Manis - top seller.
  • Betawi
  • Butterscoth (baru diperkenalkan tahun ini)
  • Prune
  • Coklat
Nota:  Gambar dengan kebenaran dari Sweetmunchkiny.

NR Cookies
Tat Nenas - RM23, mengandungi 50 biji sebotol.
Biskut Mazola - RM23, mengandungi 100 biji sebotol.
Chocolate Chip Cookies - RM16, mengandungi ~50 biji sebotol.


Sila emel nmieilin@yahoo.co.uk untuk menempah.