Monday 18 July 2011

Tempahan Pertama Apam Polka Dot

 Walaupun ni tempahan apam polka dot yang pertama, selepas je menghadiri kelas apam polka dot Ellie, Ilin dah banyak kali buat, ada yang untuk sendiri makan, ada untuk bagi kat orang, ada buat untuk dimasukkan ke dalam goodies bag.  Yelah kena la ada praktikalnya, kalau tidak nanti lupa pulak apa yang dipelajari.  Alhamdulillah setakat ni menjadi la jugak.  Dah siap eksport ke kampung guna poslaju lagi.  Jadi sapa-sapa yang jauh dari KL ni boleh la gak menempah yek. 
Tempahan ni dari dua orang berlainan - sorang jiran Ilin dan sorang lagi kawan masa kerja di Pernec. 
Nampak warna warni sebab inti dalam dia berlainan. 
Pink - strawberry
Purple - blueberry
Oren - orange
Kuning - lemon
Hijau - kosong, tak ada inti
Biru (tak ada polka dot - tak nampak dalam gambar ni) - coklat.

Jiran Ilin tu tempah untuk dibawa ke majlis harijadi saudara di Setiawangsa.  Esoknya saudara dia datang rumah tanya ada lagi apam (sebab dia ingat Ilin memang buat tiap-tiap hari) sebab ada saudara datang melawat.   
Apam ni senang nak buat tapi ye la cam cikgu cakap la tekniknya yang kena betul.  Kena jaga apinya jangan besar sangat nanti tu yang berlubang-lubang besar.  Kena pastikan air dari penutup pengukus tak menitik.  Pukul telur kena kembang betul.  Kalau tidak tak jadi la gebusss.
Apam ni boleh dihidangkan untuk kenduri kendara, boleh juga dijadikan door gift, dan mungkin satu hari nanti ada la yang menempah untuk dijadikan hantaran (hint hint kat sapa-sapa yang nak naik pelamin nanti).