Sunday 31 July 2011

More of Apam Polka dot

Order from one of my repeat customers - Kak Noralida.  100 apam polka dot with mixed fillings - orange, lemon, chocolate and strawberry.

Friday 29 July 2011

Jangan Runtuhkan Masjid

Ni first time Ilin terima tempahan kek harijadi bentuk masjid, jadi inilah kali pertama Ilin buat kek bentuk masjid.  Terima kasih pada "Shared Services" atas tempahan ini.  Ni tempahan kedua dari dorang (tempahan pertama dalam bulan March).  Keknya kek coklat dah diliputi dengan steam buttercream, bukan fondant tau.  Hiasan-hiasan tu ada yang fondant, dan ada yang guna buttercream. 
Yang kelakarnya, Wani kata mulanya dorang tak nak potong kek ni, sebabnya - tak baik runtuhkan masjid.

Saturday 23 July 2011

Charity Bazaar 2011

Jemput datang ramai-ramai ya.  Ilin ada booth di bazar ni.  Ada pelbagai Kek Lapis Maharani, cupcakes, apam polkadot, cookies, dan pelbagai barangan keluaran Vias Food.

Wednesday 20 July 2011

Apam Polka Dot Lagi

 
Nampaknya apam polkadot dah mula mendapat perhatian.  Kali ni kawan Wani (anak buah Ilin) pulak tempah.  Inti dia campur-campur, ada blueberi, ada strawberi, ada coklat, ada lemon dan oren. 

Monday 18 July 2011

Tempahan Pertama Apam Polka Dot

 Walaupun ni tempahan apam polka dot yang pertama, selepas je menghadiri kelas apam polka dot Ellie, Ilin dah banyak kali buat, ada yang untuk sendiri makan, ada untuk bagi kat orang, ada buat untuk dimasukkan ke dalam goodies bag.  Yelah kena la ada praktikalnya, kalau tidak nanti lupa pulak apa yang dipelajari.  Alhamdulillah setakat ni menjadi la jugak.  Dah siap eksport ke kampung guna poslaju lagi.  Jadi sapa-sapa yang jauh dari KL ni boleh la gak menempah yek. 
Tempahan ni dari dua orang berlainan - sorang jiran Ilin dan sorang lagi kawan masa kerja di Pernec. 
Nampak warna warni sebab inti dalam dia berlainan. 
Pink - strawberry
Purple - blueberry
Oren - orange
Kuning - lemon
Hijau - kosong, tak ada inti
Biru (tak ada polka dot - tak nampak dalam gambar ni) - coklat.

Jiran Ilin tu tempah untuk dibawa ke majlis harijadi saudara di Setiawangsa.  Esoknya saudara dia datang rumah tanya ada lagi apam (sebab dia ingat Ilin memang buat tiap-tiap hari) sebab ada saudara datang melawat.   
Apam ni senang nak buat tapi ye la cam cikgu cakap la tekniknya yang kena betul.  Kena jaga apinya jangan besar sangat nanti tu yang berlubang-lubang besar.  Kena pastikan air dari penutup pengukus tak menitik.  Pukul telur kena kembang betul.  Kalau tidak tak jadi la gebusss.
Apam ni boleh dihidangkan untuk kenduri kendara, boleh juga dijadikan door gift, dan mungkin satu hari nanti ada la yang menempah untuk dijadikan hantaran (hint hint kat sapa-sapa yang nak naik pelamin nanti).

Tuesday 12 July 2011

Ku Kirim Cupcakes...

Gembiranya Si Isteri menerima cupcakes ni, dan Ilin tau ni sebab Ilin sendiri yang hantar cupcakes ni ke pejabat dia atas permintaan Si Suami.  Tempahan ni boleh dikira last minute jugak la.  Jenuh jugak nak fikir design sebab last minute ni.  Kali ni Ilin campur buttercream partly sebab Zam minat tengok design yang Ilin buat untuk Kak Liza.  Ikutkan dia nak macam tu tapi pada Ilin tak sesuai la pulak untuk set ni, so Ilin buat buttercream tu tutup habis cupcake tu. 
Zam ni tempah selepas tengok kawan sepejabat dia terima birthday cupcakes dari isteri dia (Dariku Untukmu).