Thursday 30 June 2011

Usahawan Wanita

Tema kek kali ni tak ada kena mengena pun dengan tajuk post kali ni tapi lebih kepada orang yang menempah dan meraikannya.  Asmah ni kawan semasa Ilin belajar di PPP/ITM Shah Alam dulu.  Sekarang ni dia dah jadi usahawan berjaya, walaupun nama dia masih belum segah usahawan-usahawan wanita Malaysia yang lain seperti Dato' Siti Nurhaliza dan arwah Datuk Sosilawati.  Alhamdulillah berkat kesungguhan dia dan suami, barangan syarikat mereka kini telah berada bukan sahaja di dalam pasaran Malaysia tapi ke pasaran antarabangsa.  Nak tau apa produk-produk tu, sila la lawati Vias Food.
Ni bukan kali pertama Asmah tempah dari Ilin, sebelum-sebelum ni dia dah order untuk harijadi keluarga dia (suami dan anak-anak Azrin Sufiah, Darin).  Kali ni birthday girl sendiri mintak nak carrot cake with cream cheese topping.  Tapi sayangnya Asmah di luar negara masa Ilin deliver kek ni di rumah dia.  Patutnya dia datang ambik kat rumah tapi dia terlupa, dan esoknya dia ada business trip.  Harap-harap sempat la rasa kek tu bila balik dari trip. 
Apa-apa pun Ilin doakan moga Asmah diberi kekuatan, kesihatan yang baik agar dapat meneruskan usaha untuk memajukan perniagaan.