Sunday 19 June 2011

The Pink Wedding Cake

Sekarang ni majlis perkahwinan tak kira musim cuma masa cuti sekolah tu banyak la sikit.  Tempahan kek kahwin ni adalah untuk majlis yang diadakan seminggu selepas cuti sekolah.   Terima kasih pada kawan Ilin, Min atas tempahan ni.  Memang excited masa terima tempahan ni sebab Ilin dah terbayang dapat la guna Baroque mould yang Ilin baru beli.
Bunga-bunga tu semua dibuat sendiri menggunakan flower paste.  Ilin banyak merujuk buku-buku, terutama yang ditulis oleh Alan Dunn selain daripada ilmu yang dipelajari dari Shahril (Japanese Peone Arrangement) dan tunjuk ajar dari kawan baik Ilin, Aron. 
Kek di atas:  8" x 8", marble cream cheese butter cake.
Kek di bawah:  11" x 11", vanilla buttercake.

Ni antara feedback yang di'post'kan di album facebook:

Siti wrote: "At first I thought the bunga is bunga kain... That's how nipis the petals were! Rupa2nya buat sendiri n made of sugar. Well done Ilin! Good workmanship."

Siti wrote: "This is really nice!!! Cuma x sempat nak merasa keknya... :(."