Friday 15 April 2011

Keanggunan Emas

Cikgu Hazim, Cikgu Wan Ruhaida sekali lagi menempah cupcakes, tapi kali ni sempena majlis pertunangan adik beliau.  Temanya 'Emas'.  Apa lagi semua bersalut emas la, tapi bukan emas betul. 
Bunga-bunga (yang semuanya Ilin buat sendiri menggunakan fondant) disembur dengan Americolor Gold Sheen. 
Sebelum disembur dengan gold sheen, fondant tu diwarnakan menggunakan pewarna Americolor Gold.  Kalau tak ada boleh la jugak guna warna kuning.  Kena warnakan dulu sebab kalau tidak tak terserlah keemasan dia dan nampak tak cantik.  Risau jugak, fondant ni kalau cuaca lembab-lembab (yelah sekarang ni tengah musim hujan) susah/lambat nak keras.  Nak sembur sheen tu kena tunggu keras dulu baru elok.  Tu pun 2 kali sembur nak bagi nampak cantik dan untuk pastikan semua kawasan disaluti dengan sheen.