Wednesday 30 March 2011

Tempahan Korporat

 
Cam canggih sangat je bunyi tajuk post kali ni.  Kek 2 kg ni ditempah oleh pejabat anak saudara Ilin.  Jabatan di mana anak saudara Ilin kerja tu ada buat sambutan majlis harijadi untuk pekerja-pekerja mereka. 
Memang atas permintaan mereka nak bubuh gambar orang-orang yang menyambut harijadi tu.  Gambar tu memang kena tempah khas la, dorang cuma bagi Ilin gambar yang dah dibuat dan Ilin hanya hantar ke tempat yang tertentu untuk cetakan di atas kepingan yang boleh dimakan (edible image). 
Keknya ialah marble buttercake dan diselaputi dengan steam buttercream.  Untuk mereka yang tak berapa gemar buttercream, cream yang menggunakan kaedah steam buttercream ni rasanya tak la semuak buttercream yang biasa dan ia pun tak la manis sangat.  Hiasan-hiasannya Ilin gunakan buttercream dan fondant serta silver dragees.
Kalau nak tau apa benda la pulak steam buttercream ni, boleh la baca post ni (http://bakingproject.com/2008/11/28/steam-buttercream/).

Wednesday 23 March 2011

Bakul Pastri dan Tat Nenas

Ni satu lagi kelas yang dah lama sangat Ilin teringin nak pegi - kelas bakul pastri oleh Kak Mirawati.  Dah lama Ilin dok ikut hasil kerja Kak Mira ni.  
Seronok tengok bakul-bakul pastri yang dihasilkan oleh Kak Mira dan pelajar-pelajar yang menghadiri kelas Kak Mira.  Kelas memang dibuat untuk seorang sahaja memandangkan ruang kerja yang agak terhad di rumah Kak Mira ni.   Seharian jugak nak menyiapkan bakul ni.  Yang buat lamanya ialah proses membakar pastri tu sebab dia perlu dibakar dalam suhu yang rendah kalau tidak nanti pastri hangus je tapi tak masak.  Dari pagi membakar, sampai petang la baru habis.  Sambil-sambil membakar pastri tu, buat tat nenas untuk diisi dalam bakul tu. 
Bakul pastri ni sesuai sangat untuk hantaran, dan sebagai buah tangan - tak la asyik nak bagi kek/buah je kan. 
Memang seronok dan Kak Mira pun tak lokek mencurahkan ilmu.
 

Sunday 20 March 2011

Power Puff Girls

Cupcakes kali ni merupakan tempahan ke-2 oleh Asmah untuk anak perempuan dia yang kedua.  Memang dari awal lagi dia dah kata nak tema warna ungu.  Kali ni cupcake ialah saiz 'M' dan bukan 'S'.  Seperti tempahan yang sebelumnya (http://mieilin.blogspot.com/2011/02/anime-dan-muzik-di-hatiku.html), 25 cupcakes ni terdiri dari beberapa biji cupcake coklat dan vanila.

Tuesday 8 March 2011

Drawing on Buttercream

Setelah lama mencongak-congak, hari ni Ilin masuk kelas balik, tapi tak sampai 1 hari pun.  Dah lama sangat teringin nak belajar nak melukis dan mewarna atas kek ni tapi ni la baru dapat peluang.  Ni kelas pertama dengan Kak Lea (from LeaOven), Ilin sorang je pulak tu.  Alhamdulillah, banyak jugak la dapat tips dan tunjuk ajar dari Kak Lea ni.
Untuk kelas ni, kita belajar nak membancuh buttercream (resipi disertakan), memotong kek dan cara-cara untuk crumb coat kek serta melepa kek dengan buttercream.  Lepas buat semua tu baru la kita mula melukis.  Untuk melukis ni ada pulak langkah-langkahnya, mula tu kena 'tracing' dulu lepas tu 'transfer' dan baru la mewarna.  Sebelum balik tu Kak Lea cakap kalau anak-anak tengok kek ni dan mereka tau gambar apa kira berjaya la tu. Balik-balik tu orang pertama yang tengok ialah anak Ilin yang bongsu - Hariz, 3 tahun.  Dengan muka seronoknya dia terus kata 'Toy Story'.  So kira berjaya la tu tapi Ilin kena banyak berlatih untuk menajamkan lagi kemahiran melukis, mewarna dah melepa kek dengan butttercream ni. 
Sekali lagi terima kasih banyak-banyak Kak Lea yang amat-amat sabar dengan Ilin untuk kelas ini.

Monday 7 March 2011

Ratu Hatiku

Tempahan cuppies kali ni oleh Alin untuk ibu tersayang - chocolate cupcakes dilitupi dengan chocolate ganache dan buah strawberry segar serta ditaburi dengan sprinkle berwarna. 
Ni maklumbalas yang diterima dari facebook:  "mmg cedap! adek ipar saye suke :)". 
Terima kasih Alin.

Untuk Si Comel

Cuppies kali ni ditempah oleh kakak adik ipar Ilin untuk harijadi anak sulung dia yang berusia 1 tahun.  Memandangkan anak lelaki jadi warna yang menjadi pilihan ialah biru.  'Teddy bear' sebagai main figurine sebab 'teddy bear' ni amatlah cute dan orang selalu kaitkan dengan kanak-kanak. 

Alhamdulillah seronok tengok muka si ibu bila datang ambil tempahan ni.  Macamana pulak la lagak si kecil bila tengok cuppies ni yek? 


Cik Ilin doakan moga Amir Shafy membesar sebagai anak yang sihat, cerdas dan menjadi seorang Muslim yang cemerlang dunia dan akhirat.