Saturday 26 February 2011

Shepherd's Pie


Selalunya buat untuk makan sendiri tapi ni first time Ilin buat shepherd's pie untuk dijual.  Ni kira special order dari kawan semasa di PPP/ITM Seksyen 17, Shah Alam - Noor Sa'amah.  Kebetulan Sa'amah tinggal tak jauh dari rumah Ilin. 
Biasa la Ilin ni, orang kata tak best kalau hidup tak ada cabaran.  Bila Sa'amah tanya boleh ke tidak nak order Ilin kata ok je.  Orang dah bagi peluang, kena rebut la, secara tak langsung boleh la tambah lagi makanan dalam senarai keluaran Mieilin's Kitchen.
Shepherd's pie ni terdiri dari 2 lapisan utama - lapisan bawah adalah bahagian inti - bahan utamanya ialah daging cincang, dicampur dengan sayur-sayuran - lobak merah, kacang pis, dan apa-apa lagi la yang rasa nak bubuh.  Bahagian atas tu pulak kentang lenyek, dan ditabur dengan sedikit parmesan cheese.