Saturday 26 February 2011

Shepherd's Pie


Selalunya buat untuk makan sendiri tapi ni first time Ilin buat shepherd's pie untuk dijual.  Ni kira special order dari kawan semasa di PPP/ITM Seksyen 17, Shah Alam - Noor Sa'amah.  Kebetulan Sa'amah tinggal tak jauh dari rumah Ilin. 
Biasa la Ilin ni, orang kata tak best kalau hidup tak ada cabaran.  Bila Sa'amah tanya boleh ke tidak nak order Ilin kata ok je.  Orang dah bagi peluang, kena rebut la, secara tak langsung boleh la tambah lagi makanan dalam senarai keluaran Mieilin's Kitchen.
Shepherd's pie ni terdiri dari 2 lapisan utama - lapisan bawah adalah bahagian inti - bahan utamanya ialah daging cincang, dicampur dengan sayur-sayuran - lobak merah, kacang pis, dan apa-apa lagi la yang rasa nak bubuh.  Bahagian atas tu pulak kentang lenyek, dan ditabur dengan sedikit parmesan cheese.

Saturday 19 February 2011

Anime dan Muzik di Hatiku

 
Tahun ni kawan Ilin, Asmah terus kontrak tempah birthday cupcake dengan ilin untuk semua birthday anak-anak dan suami dia.  Dia nak try cupcake pulak instead of cake.  Terharu jap Ilin bila terima kontrak dari Asmah ni.  Apa lagi orang kata rezeki jangan ditolak, terima la kontrak supply birthday cupcake tu. 
Untuk first batch ni, cupcake untuk birthday anak sulung Asmah - Nurin Husna dan suami Asmah.
Untuk Nurin, Ilin pilih tema anime sementara untuk si ayah, Ilin pilih tema muzik.
Cupcake set ni ada yang coklat dan ada yang vanilla - atas permintaan Asmah sendiri.  Hazim, anak Ilin ada gak tolong - tolong buatkan mata bagi nampak real sikit.  Kalau mata yang merah-merah tu dia punya idea la tu.  Hazim ni memang kreatif sikit tu yang mintak tolong dia.

Friday 18 February 2011

Kau Bungaku

Kek hantaran ni ditempah oleh kawan Ilin, Jaja sempena pernikahan adik lelaki dia.  Sebelum ni Jaja ada tempah kek untuk dijadikan sebagai buah tangan untuk majlis merisik (Milik Siapakah Gadis Itu?).  Ni pun kira last minute order gak ni.  Ikutkan minggu tu Ilin dah sibuk gak sebab nak kena buat cookies dan brownies untuk cucu dan cupcake tapi sebabkan tak sampai hati pulak nak tolak, kena pulak orang nak kawin (benda baik) so sanggupkan jugak terima.  Lagipun Ilin memang dok seronok pulak hias-hias kek hantaran ni sebab ia memberi ruang untuk Ilin berkarya, kena pulak baru dapat buku pasal 'Sugarpaste flower'.

Memang niat hati nak cuba buat bunga lain tapi disebabkan masa tak banyak, Ilin terpaksa la buat bunga yang Ilin dah selesa dan biasa buat - apalagi kalau bukan bunga mawar (ros la tu!).  Tapi kali ni Ilin cuba teknik Paddi Clark. 
Risau pun ada takut cuaca tak menyebelahi kita.  Sugarpaste ni nak kena cuaca panas baru cepat dia kering.  Paste dia Ilin buat sendiri lepas belajar dari Shahril (dia ni Juara ICCA Cake Competition 2011, dan dah pun memenangi beberapa lagi pertandingan di peringkat antarabangsa).  Keknya marble buttercake - coklat dan vanilla.  Dilitupi dengan fondant putih dan disembur 'pearl sheen' nak bagi berkilat.  Bunga mawar putih pun disembur dengan sheen yang sama.  Bunga mawar biru disembur dengan sheen biru.

Testimoni:
Jaja wrote:  "Beautiful Ilin....thanks so much :)...."

She is 1!

Kali ni tempahan khas untuk Majlis Aqiqah dan Harijadi Nur Iman.  Nur Iman ni merupakan cucu saudara Ilin.  Ilin ni dah bergelar nenek dah la rupanya yek...hahaha...tak pe gelaran je nenek tapi nenek bergaya dan aktif. 

Ok back to the order...100 fancy cookies - 50 bentuk botol susu, 50 lagi bentuk pram dan 2 trays brownies untuk diisi ke dalam 'door gift' kepada tetamu yang hadir.  Cookies ni dihias dengan fondant dan royal icing.  Apa bezanya?  Kedua-duanya manis - sebab kedua-duanya menggunakan gula ising sebagai main ingredient.  Fondant ni ada la campuran lain dan rupanya dia macam doh jadi boleh la dicanai dan dibentuk, sementara royal icing ni selain gula ising, bahan dia ialah telur putih dan sedikit cuka/lemon dan nak guna dia kena buh dalam piping bag.  Nak cite lebih-lebih Ilin bukan la tok guru yang bertauliah jadi silalah google yek..heheh.
Ni la rupa cookies sebelun dihias. 
Yang ni pulak Ilin saja nak cuba cutter baru - romper.  Dia siap didatangkan dengan 3 texture mat yang berlainan. Saiz dia 4".  Kalau botol susu dan pram tu lebih kurang 3" la.  Ilin ada bentuk-bentuk lain gak.
Akhirnya Nek Su nak ucap Happy Birthday to Iman!

Thursday 10 February 2011

Pink Lagi!

Another pink theme birthday cake for a 6 year old girl - Nur Hazirah.  Keknya Marble buttercake (pink and vanilla), toppingnya menggunakan buttercream dan hiasanya dari fondant dan jelly piping.
Terima kasih Hai atas tempahan ini.  Selain dari kek harijadi ni, Hai juga tempah 2 tray brownies sebagai buah tangan untuk kawan-kawan  dan guru-guru Nur Hazirah.  Semoga Nur Hazirah membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya sebagai muslimah di dunia dan akhirat. 

Tuesday 1 February 2011

Warkah untuk Isteri

Tempahan kali ni dari member lama semasa di MRSM Terengganu, Rosnita. 
She ordered a hantaran cake for his brother's wedding.  The theme is red and white.  The cake is fruit cake.  Kena ada open scroll untuk tulis puisi.  For the scroll I used flower paste and put the edible sheet with the puisi printed on it (specially ordered from a third party).
The white roses were made by me, not store-bought.  Thanks to my best friend, Aron for the brief tutorial on roses making, and thanks to Kak J for allowing us to utilize your house for the session.
Nita also ordered another fruit cake.  Fruit cake is a new item added to the menu. Kek buah ni dikukus selama 4 jam.  Saiz ni 8"x8".  Boleh jugak nak buat dalam bentuk lain.  Berat ~1kg. 

Testimoni:
Rosnita wrote:  "the scroll is so nicely done. i likkeeee..."
Rosnita wrote:  "my sis said the cake look romantic... :)"