Saturday 27 November 2010

Dariku Untukmu

Hari ni ada 2 tempahan yang berbeza oleh 2 orang yang berlainan, untuk 2 peristiwa yang berbeza.
Farah tempah 16 cuppies set saiz S untuk hantaran perkahwinan dia bertemakan 'gold and red'.
Cikgu Wan (yang juga cikgu di sekolah Hazim) tempah 25 cuppies set saiz S sempena harijadi suami tersayang. Cikgu Wan nak buat kejutan pada suami dan Ilin la deliver ladynya - hantar ke pejabat suaminya.  Tema - apa-apa aje la tapi warna kegemaran Cikgu Wan ialah pink.  Alamak takkan nak bagi orang lelaki warna pink, jadi Ilin pun selitkan la warna biru.

Sunday 21 November 2010

GEW

Baru je nak hilang penat lepas buat 150 cuppies untuk Hani dan 25 cuppies untuk hantaran Dieyba, sepupu Ilin, Jaja telefon nak tempah 250 cuppies untuk satu majlis yang dikendalikan oleh syarikat dia bekerja.  Majlis tu - Global Entreprenuship Week (GEW) diadakan hari Ahad.  Fikir punya fikir Ilin terima jugak tempahan ni walaupun betul-betul 'last minute'.  Masa tu baru je balik dari kedai jual barang-barang kek untuk top up barang-barang yang dah kurang.  Cuppies tu pulak kena buh dalam bekas transaparent empat segi.  Masa ada lagi so terus pegi kedai-kedai yang dekat-dekat dengan rumah dulu untuk cari bekas.  Mujurla ada satu kedai ni ngam-ngam dia ada ikut kuantiti yang diperlukan, kalau tidak terpaksa la ke Bangi (pagi tu lepas hantar cuppies Hani, sempat la singgah kedai di Bangi, tu yang tau kedai tu ada stok).

Cuppies tu cuma perlukan logo GEW diatasnya tapi ikutkan logo memang banyak warnanya jadi cuma beberapa warna yang sesuai je diletakkan.  Kelam kabut gak dibuatnya terutamanya part logo tu.  Habis semua tenaga kerja kat rumah ni diperah.  Terima kasih teramat sangat la pada anak-anak dan anak buah (Wani) sampai tak tidur dibuatnya.

Paling menariknya hari Ahad tu harijadi Hazim, anak Ilin yg ke2.  Petang tu pulak dia ada kejohanan tae-kwan-do (dapat johan untuk categori belt dia).   Pengajaran:  mohon pada pelanggan sekalian jangan la tempah last minute, dan rasanya Ilin kena fikir masak-masak sebelum terima order yang last minute ni especially yang banyak kuantitinya.

Testimoni (diambil dari posting di facebook):
Eliza:  "Everybody loved it!! And very the yummy,one of the best I've had. Thank you."

Friday 19 November 2010

Kelabu & Merah Jambu

Selamat Bertunang Dieyba dan Hadi.  Kali ni tempahan untuk cuppies set diterima daripada Dieyba yang tinggal di AU3 je.  Dekat sesangat la dengan kawasan rumah Ilin.  Pagi tu Ilin hantar 150 cuppies kepada Hani, petang tu pulak untuk Dieyba.  Dieyba mintak tema kelabu dan merah jambu.  Hah! satu lagi tema warna yang Ilin tak pernah buat tapi terima sebagai cabaran.  Alhamdulillah inilah hasilnya.
 
Testimoni (diambil dari posting di facebook):Dieyba:  "sedap la akak.. rmai ske tau.."

It's a Girl

Kali ni tempahan dari sepupu Baiti.  Baiti ni kawan sepejabat Ilin masa di Pernec IT dulu.  Hani tempah 150 chocolate cupcake size S diisi dalam bekas plastic bertutup 'dome' dengan tema merah jambu dan putih.  Ia sempena majlis aqiqah anak sulung Hani.  Selamat menjalani alam keibubapaan kepada Hani dan suami.

Kena banyak-banyak bersabar nak jadi ibu ni melayan kerenah anak.  Semoga anak Hani membesar sebagai muslimah yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat kelak.  Untuk Hani dah suami - semoga dikurniakan anak yang ramai, sihat tubuh badan dan baik tingkah laku, dan sentiasa dilindungi dari hasad dengki manusia dan godaan syaitan.  Amin.

Testimoni (diambil dari posting di facebook):
Hani:  "thank you kak Ilin..ramai yg memuji cupcake ni..sgt comel.."

Thursday 18 November 2010

Raees Shauqy


Sedap betul nama tu kan.  Bukan nama anak Ilin.  Itu la nama anak kawan Ilin, Rosmazaini a.k.a Majenny yang menempah fancy cookies ni dari Ilin.  Ni kira tempahan pertama fancy cookies Ilin la ni.  Thanks ya Ma.  Risau jugak sebab dah lama tak buat fancy cookies ni.  Buat pun untuk sendiri makan dan guna cutter yang kecik-kecik je.  Cutters untuk buat fancy cookies ni dah lama Ilin beli, masa masih bekerja lagi, yalah kumpul sikit-sikit.  Kumpul je tapi tak berpeluang nak buat lagi. 

Sakit tangan jugak dibuatnya bila nak picit royal icing ni tapi seronok bila tengok hasilnya.  Tu yang harganya pun mahal sebab part menghias tu memang perlukan kesabaran yang tinggi.  Nak buat biskutnya nak kata senang pun tidak sebab adunan tu jenis lembut tak macam biskut raya.  Mau dua tiga kali baru la boleh lancar sikit menerap dan menanggalkannya.  InsyaAllah akan cuba perbaiki supaya nampak lebih smooth lagi bila salut royal icing tu. 

Untuk tempahan ni Ilin guna royal icing (campuran putih telur, gula icing dan pewarna) untuk hiasan.  Selain royal icing sebagai hiasan, kita boleh juga guna fondant (ala yang guna untuk kek).  Ni pun guna gula icing.  Jadi dua-dua bahan ni memang la manis.  Sebab tu cookies tak berapa manis.  Cookies tu pun boleh makan tanpa hiasan.
Memang dah siap seal dalam plastik dan diikan riben biru.  Semuanya 40 keping.  20 keping bentuk stroller, 20 bentuk botol susu.

Friday 5 November 2010

Pai Ayam dan Kek Keju untuk Dr. Wan

Dari tajuk post ni je dah tau yang tempahan kali ni Ilin terima dari seorang doktor.
Kelakar sikit camna Ilin terima tempahan ni.  Ilin pegi ke klinik sebab tak sihat, dah lepas periksa doktor pun nak bagi MC.  Ilin bagitau tak payah MC sebab dah tak kerja, dan cakaplah dah buat home-based bakery business.  Dalam beg tangan ni memang sentiasa ready printout brochure Ilin so bagi la satu pada Doktor Wan.  Apalagi dia terus order untuk dihantar ke klinik pada hari Jumaat (beberapa hari selepas pegi klinik tu la).
Terima kasih la Dr. Wan sebab sudi menempah kek dan pai dari saya.