Saturday 2 October 2010

Raya

Tempahan ni diterima dari individu-individu yang pernah berkerja dengan Ilin - Kak Nora dan Sharifuddin.
Dorang ni order sempena jamuan di rumah masing-masing - iyelah masih dalam bulan Syawal, jadi sibuk la dengan rumah terbuka.  Order tu pada hari yang sama pulak tu, dan benda yang hampir sama.
Hampir sama sebab kedua-duanya order "Rainbow Marble Pudding", yang bezanya Kak Nora dengan "mini cuppies" dengan topping buttercream sementara Sharifuddin pulak ordered "small cuppies" separuh buttercream dah separuh fondant toppings. 

Sesuai dengan suasana raya, kuning dan hijau dan warna-warna terang menjadi pilihan untuk menghias cupcakes.