Wednesday 27 October 2010

Pandan Chiffon and Chicken Pie


Kali ni tempahan dari Kak Tim.  Kak Tim ni dulu sama-sama bekerja di Pernec.  Lama tak jumpa tetiba terserempak kat Jusco AU2.  Borak punya borak, dia kenal sepupu Ilin Syiqin.   Ni pun dapat order last minute dari Kak Tim tapi sebab Ilin pun memang tak ada tempahan lain, dan bahan-bahan pun kebetulan senang nak dapat, terima la.  Terima kasih Kak Tim.
Kak Tim order 2 kek chiffon pandan dan 30 biji pai ayam.  Kek chiffon ni memang tak masuk dalam menu Ilin sebab kena angin tak betul tak menjadi dibuatnya.  Tapi sebab special request, Ilin buat gak khas untuk Kak Tim :-).

Friday 22 October 2010

Surprise Birthday Cuppies


Cupcake set ni ditempah oleh kawan sekerja semasa di Pernec - Farrah.  Muda lagi orangnya, baru je graduate, berpunya ke tidak itu kena tanya tuan punya badan. 
Farrah tempah sempena harijadi kawan dia (tak tanya la pulak lelaki ke perempuan) dengan temanya coklat dan merah. Kali pertama Ilin dapat kombinasi tema warna ni, terutamanya coklat, jarang orang guna tema warna coklat ni.

Testimoni (diambil dari posting di facebook):
Farrah:  "...paling suka n sgt lazat is the one yg ada strawberry ontop tu..yummyy"

Tuesday 19 October 2010

Lagi Pai Ayam

Untuk hari yang sama Ilin ada tempahan kek Spiderman tu, sepupu Ilin, Syiqin pun tempah 2 pai ayam untuk dibawa ke mesyuarat 'Toastmaster' dia.
Ingatkan kek je ada tema, pai pun Ilin kena buat tema gak.  Kali ni temanya 'Halloween'.  Tak pernah-pernah la orang order pai kena bertema-tema, tapi dah customer mintak, special customer lak tu...dengan masa yang ada dan ilmu yang tak seberapa pasal pastri, ni je la yang Ilin mampu dulu.
Syiqin order 2 pai - satu tu pai 'veggie', satu lagi ayam la.  Ilin ambik gambar yang ayam je.

Spiderman

Tempahan ni dari Nana khas untuk anak bujang yang berumur 6 tahun.  Anak dia spefically mintak nak ada both spiderman merah dan hitam.
Kek coklat bersaiz 11" x 11" ini disaluti dengan buttercream sementara labah-labah dan spiderman dibuat menggunakan fondant - jadi semua ni boleh dimakan.  Yang tak boleh dimakan ialah pokok tu je - dibuat dari plastik.
Alhamdulillah, anak Nana suka akan design kek ini.  


Monday 18 October 2010

She is 12

2 kek untuk meraikan hari ulangtahun Nurliyana.  Kedua-dua kek ini untuk dibawa ke dua sekolah yang berlainan - SK dan SRA.

Friday 8 October 2010

2 in 1

Kali ni Ilin kena hantar 2 kek dalam 1 hari untuk 2 orang yang berlainan yang kebetulannya dua-dua untuk anak-anak gadis mereka yang berumur 10 tahun. 
Satu kek ditempah oleh Puan Aliza sementara satu lagi oleh Kak Nora.  Both of them memang dah pernah tempah pun dari Ilin sebelum ni.

Kak Nora ni tempah betul-betul last minute - hari ni dia order, esok nak suh deliver.  Dia terlupa terus nak order kek untuk anak dia, kebetulan Ilin pi office dia untuk tanya kabar selepas hantar kek hantaran (http://mieilin.blogspot.com/2010/10/pink-and-white.html).  Memandangkan Ilin kesian pada dia, Ilin usahakan jugak la tapi dah warning kata tak boleh nak design canggih-canggih sangat memandangkan dah ada satu order lagi untuk Ilin siapkan.  So inilah hasil kedua-dua kek berikut.  Banyak yang Ilin belajar dari setiap tempahan.

Both cakes are chocolate cake, tapi satu covered with chocolate ganache, satu lagi with steam buttercream warna pink. 
Anak Pn. Aliza is so obsessed with pink, so tu yang mushroom pun buat pink.

Semoga both girls membesar sebagai muslimah yang berjaya dunia dan akhirat.
Thank you Pn. Aliza and Kak Nora for the orders. 
 

Thursday 7 October 2010

Pink and White

Mini cakes ini ditempah khas oleh bekas rakan sekerja di Pernec dulu.  Ijan tempah mini cakes untuk hantaran kepada pihak lelaki.  Temanya pink dan putih.  Ijan cuma nak design yang simple.
Selamat Pengantin Baru kepada Ijan dan suami, semoga bahagia melayari alam rumahtangga bersama sehingga ke akhir hayat.

Saturday 2 October 2010

Raya

Tempahan ni diterima dari individu-individu yang pernah berkerja dengan Ilin - Kak Nora dan Sharifuddin.
Dorang ni order sempena jamuan di rumah masing-masing - iyelah masih dalam bulan Syawal, jadi sibuk la dengan rumah terbuka.  Order tu pada hari yang sama pulak tu, dan benda yang hampir sama.
Hampir sama sebab kedua-duanya order "Rainbow Marble Pudding", yang bezanya Kak Nora dengan "mini cuppies" dengan topping buttercream sementara Sharifuddin pulak ordered "small cuppies" separuh buttercream dah separuh fondant toppings. 

Sesuai dengan suasana raya, kuning dan hijau dan warna-warna terang menjadi pilihan untuk menghias cupcakes.