Sunday 18 July 2010

Milik Siapakah Gadis Itu?

Kali ni kek ni ditempah oleh kawan seMRSM dulu - Jaja, untuk dijadikan buah tangan merisik untuk adik lelaki dia. A very last minute order ni. Hari Jumaat order, dan dihantar pada hari Ahad.

Jaja punya requirements - keknya Marble Butter Cream Cheese, design terpulang la pada Ilin. Bagus punya requirements. Masa terima order tu dah macam-macam design terfikir. Apa lagi ambik kesempatan la mencuba penerap-penerap yang baru dibeli. Hiasannya menggunakan fondant sepenuhnya, kecuali silver ball tu (beli dah siap di kedai) dan semua bahan-bahan hiasan ni boleh dimakan.

Saturday 17 July 2010

Pai ayam lagi!

Kawan sepejabat terus memesan pai ni untuk meraikan majlis hari jadi ibu dan sepupunya dikampung setelah diberi sepotong untuk dirasa.





Wednesday 14 July 2010

Pai Ayam

Terima order ni dari mak kawan Hazman. Ni bukan kali pertama dia order pun, sebelum ni memang dah pernah order, juga pai ayam. Terima kasih Pn. Juraida.

Monday 5 July 2010

Hadiah Dari Seorang Isteri

Terima tempahan ni dari seorang kawan - Hasni sempena birthday suaminya yang tersayang. Dia nak chocolate cuppies with fresh cream topping. Yang lain-lain dia serah pada Ilin untuk hias.
Ilin tak pernah terima order guna fresh cream tapi decided to accept this challenge.
Pernah hias kek guna fresh cream untuk makan-makan sendiri but not for others, guna pun ready to whip punya je.
Fresh cream ni is so sensitive dengan suhu panas so kena simpan dalam peti ais. Jadi Ilin tak boleh la nak hias guna fondant sangat sebab fondant pulak sangat la tidak sesuai untuk disimpan dalam peti ais. Thanks to my MCDC friends, menggunakan resipi yang diberi, Ilin pun putar la fresh cream, and walla!
Petang tadi hantar, malam tu terus dapat sms kata dah habis satu tray. Alhamdulillah!

Testimoni (diambil dari posting di facebook):
Hasni:  "cantik & sedap .. tak terlalu manis .. thanks ilin"

Saturday 3 July 2010

Hariz dah 2 tahun


Buat kek ni sempena menyambut hari ulangtahun yang ke-2 anak - Hariz, 21 Jun lepas.
Sambil-sambil tu nak menggunakan ball cake pan yang baru je dibeli. Sesuai la pulak sebab masa ni tengah musim World Cup.