Friday 25 June 2010

600 cuppies

Terima tempahan ni dari kawan ofis - Baiti, sempena majlis perkahwinan adik ipar dia. Baiti buat tempahan punyalah awal, mau dekat 8 bulan sebelum majlis lagi. Memang risau la jugak mula tu sebab tak ada pengalaman buat cuppies sebanyak tu, tapi atas nasihat kawan baik di Melaka, tekad nak kata 'ya' sebab nak ambik pengalaman untuk order yang besar-besar ni. Kalau tak bila lagi nak cuba. Baiti tempah 600 biji cuppies sebagai doorgift tetamu-tetamu yang hadir. Adik ipar dia ni lelaki. Tema majlis pula 'purple and silver' dan mintak hiasan buttercream yang simple.
Untuk order ni, 300 cuppies adalah chocolate cupcake, dah 300 lagi vanilla cupcake. Tiap-tiap cupcake dibubuh di dalam bekas lutsinar (transparent la tu) dengan penutup 'dome'. Bekas cupcakenya menggunakan tema silver (ni memang ada jual kat kedai), buttercreamnya warna ungu dan dihias dengan gula silver.



Alhamdulillah dengan pertolongan anak-anak dapat deliver order ni dengan jayanya. Terima kasih anak-anakku.