Friday 25 June 2010

600 cuppies

Terima tempahan ni dari kawan ofis - Baiti, sempena majlis perkahwinan adik ipar dia. Baiti buat tempahan punyalah awal, mau dekat 8 bulan sebelum majlis lagi. Memang risau la jugak mula tu sebab tak ada pengalaman buat cuppies sebanyak tu, tapi atas nasihat kawan baik di Melaka, tekad nak kata 'ya' sebab nak ambik pengalaman untuk order yang besar-besar ni. Kalau tak bila lagi nak cuba. Baiti tempah 600 biji cuppies sebagai doorgift tetamu-tetamu yang hadir. Adik ipar dia ni lelaki. Tema majlis pula 'purple and silver' dan mintak hiasan buttercream yang simple.
Untuk order ni, 300 cuppies adalah chocolate cupcake, dah 300 lagi vanilla cupcake. Tiap-tiap cupcake dibubuh di dalam bekas lutsinar (transparent la tu) dengan penutup 'dome'. Bekas cupcakenya menggunakan tema silver (ni memang ada jual kat kedai), buttercreamnya warna ungu dan dihias dengan gula silver.



Alhamdulillah dengan pertolongan anak-anak dapat deliver order ni dengan jayanya. Terima kasih anak-anakku.

Saturday 19 June 2010

I & M

Cupcakes ni ditempah untuk dibuat 'door gift' kepada pihak keluarga pengantin perempuan.
2 cuppies akan dibubuh dalam satu kotak bersama-sama chocolate Ferraro Rocher. Tempahan yang diterima hanya untuk deliver 160 biji cupcakes dengan tema 'purple' beserta huruf I dan M (untuk Idlan & Mien).

Sebab nak bubuh 2 cuppies dalam satu kotak, jadi I buatkan separuh vanilla cupcakes, separuh lagi chocolate cupcakes.
Untuk vanilla cupcake, topping fondant menggunakan warna dasar ungu, dan huruf I berwarna putih.

Untuk chocolate cupake pula, topping fondant menggunakna warna dasar putih, dan huruf M berwarna ungu.

Kedua-dua jenis cupcakes dihias dengan gula silver (boleh dimakan ni...jangan risau, tapi dia keras sedikit, mungkin kena hisap macam gula-gula).


Testimoni (diambil dari posting di facebook):
Baiti:  "semua cakap cupcakes K.elin sedap...."

Cuppies untuk Si Isteri


Tempahan ni dibuat dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Temanya peach dan perlu tulis 'Selamat Pengantin Baru Eat dan Mien'. Silap-silap baca jadi 'Eat Me' pulak.

25 cupcakes ni dibubuh didalam kotak yang atasnya transparent, memang sesuai untuk hantaran. Jadi nanti cuma hiaskan dengan ribem, bunga-bunga bersesuaian dengan tema.

Saturday 5 June 2010

Bunga-bunga Cinta

Ni projek pertama buat kek hantaran - tempahan dari officemate, Farah.
Farah nak basketweave motif dan tema warna ialah peach.
Thanks Farah for the order.

Untuk Farah & Qari:
Selamat menjalani hidup sebagai 'tunang orang'. Orang kata masa bertunang ni la banyak dugaan dan cubaan. So harap Farah & Qary banyak-banyak bersabar dan sentiasa berbincang. Jangan dok pendam-pendam.